ARKIB : 02/11/2012
1,000 pekerja kilang dipecat
KUCHING 1 Nov. - Kira-kira 1,000 pekerja kilang di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya di sini berhimpun secara aman di hadapan tempat mereka bertugas selepas diberhentikan dengan notis 24 jam.
Tindakan majikan itu telah menyebabkan kesemua pekerja kilang pembuatan komponen komputer, Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd. yang majoritinya bumiputera hilang punca pendapatan sejak petang semalam.
Wakil pekerja, James Jalai Gayau (gambar) berkata, mereka mula menerima notis pemberhentian pada pukul 6 petang semalam dan sehingga pagi ini seramai 800 pekerja telah diberhentikan.
"Kami sedia maklum pekerja lain akan menerima nasib yang sama pada hari ini dan syarikat dengan mudah memberi alasan iaitu untuk 'penstrukturan semula'.
"Tindakan majikan itu seolah- olah tidak menyedari ada antara kami menyara keluarga, anak dan isteri melalui titik peluh bekerja di kilang ini," katanya yang juga penyelia di kilang itu.
Katanya, mereka berasa teraniaya apabila pihak pengurusan syarikat mengeluarkan notis tersebut secara tiba-tiba, malah pampasan yang diterima pula tidak setimpal dengan kerugian yang dialami.
"Lebih menyedihkan ada segelintir daripada kami menerima pampasan RM100 lebih sahaja," dakwanya.
James yang telah berkhidmat di kilang tersebut sejak 16 tahun lalu memohon supaya pihak berwajib turun padang untuk mendengar masalah itu.
Katanya, mereka akan terus berhimpun bagi menyatakan rasa kesal, selain menuntut penjelasan daripada pihak majikan berhubung isu tersebut, esok.
Sementara itu, usaha wartawan Utusan Malaysia untuk bertemu pihak pengurusan kilang gagal berikutan kawalan ketat di pintu pagar utamanya.
Sanmina-SCI merupakan pengeluar barangan elektronik terkemuka yang beribu pejabat di San Jose, California, Amerika Syarikat, menjalankan operasi menghasilkan papan litar bagi komponen dalaman komputer.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









