ARKIB : 04/10/2012
Manfaatkan kelebihan Tawau, Tarakan
TAWAU 3 Okt. - Para usahawan di Tawau di sini, dan Tarakan, Indonesia disaran saling bekerjasama bagi memajukan sektor pelancongan di antara kedua-dua wilayah berjiran itu.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, sektor itu bukan sahaja boleh mengangkat imej kedua-dua kawasan malah mampu memberi pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.
"Tawau dan Tarakan memiliki tempat-tempat menariknya tersendiri dan oleh itu, potensi-potensi tersebut boleh diperkenalkan menerusi pakej-pakej pelancongan.
"Usaha ini juga membolehkan ekonomi masyarakat setempat dipertingkatkan, begitu juga dengan ukhuwah antara masyarakat di kedua-dua negara," katanya dalam seminar mengenai peluang ekonomi di Kalimantan Timur di sini hari ini.
Seramai 13 usahawan dari Tarakan menyertai seminar itu dan kehadiran mereka diraikan Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT) dan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI).
Tambah Tawfiq, terdapat tujuh perkara penting yang dapat memantapkan hubungan perniagaan antara kedua-dua kawasan iaitu kestabilan politik, kemudahan infrastruktur, insentif, kekayaan bahan mentah, modal insan, kebaikan pemimpin dan pelaburan serta lokasi yang strategik.
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









