ARKIB : 29/08/2012
Kayuhan empat penuntut IPTA semarakkan bulan kemerdekaan
TAWAU 28 Ogos - Seramai empat orang pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) awam menyertai program cabaran berbasikal Merdeka 1Malaysia anjuran Kementerian Pengajian Tinggi sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Mereka terdiri daripada Muhammad Frydaus Asry Jeffery dari Politeknik Kuching, Sarawak; Tan Al-Affiq Tan Smilly (Politeknik Mukah, Sarawak); Wan Farhan Wan Jusoh (Universiti Teknikal Melaka) dan Nur Syafiqah Wawi (Politeknik Kota Bharu, Kelantan).
Program kayuhan kemerdekaan tersebut melibatkan perjalanan sejauh 2,205 kilometer merentasi Sabah, Sarawak dan Brunei yang akan berakhir di Kuching.
Setiausaha Bahagian Sukan kementerian, Dr. Saharudin Ismail berkata, program tersebut merupakan ilham pengurusan Politeknik Kuching bagi memperkukuhkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat, khususnya remaja dan pelajar IPT.
"Program ini juga bertindak sebagai serampang dua mata dalam mengukuhkan promosi pendidikan di IPT kepada komuniti di Sabah dan Sarawak, selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui kegiatan berbasikal.
"Selain itu, ia merupakan manifestasi semangat kemerdekaan anak muda terutamanya para pelajar IPT yang sangat menghargai dan mencintai negara ini," katanya pada majlis pelepasan peserta program tersebut di Kolej Komuniti Tawau dekat sini semalam.
Majlis pelepasan disempurnakan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Saharudin berkata, peserta akan turut sama menyertai sambutan kemuncak bersama-sama beberapa program anjuran kementerian yang lain di Banda Hilir, Melaka pada 16 September 2012 bersempena sambutan Hari Malaysia.
Sementara itu, salah seorang peserta program, Nur Syafiqah, 20, berkata, dia amat gembira apabila dapat mengikuti cabaran itu dan yakin mampu menamatkan cabaran sehingga ke Melaka pada 16 September nanti.
"Walaupun hanya saya seorang peserta wanita tetapi bukan halangan untuk membuktikan kemampuan dan bersaing dengan peserta lelaki," katanya yang berasal dari Kota Bharu.
Seorang lagi peserta, Muhammad Frydaus, 18, berkata, program seumpama itu dapat memperlihatkan daya tahan dan stamina seseorang mahasiswa, seterusnya meningkatkan gaya hidup aktif seorang pelajar.
"Elemen ini penting bagi generasi muda agar menjadi bakal pemimpin yang sentiasa cergas dan produktif," kata pelajar tahun pertama Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









