ARKIB : 29/08/2012
Guna laman sosial promosikan keindahan Telok Melano
LUNDU 28 Ogos - Persatuan Media Sosial Sarawak (PMSS) yakin perkembangan laman sosial banyak memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan untuk meningkatkan lagi ekonomi sesebuah negara.
Ketuanya, Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman berkata, laman sosial dapat membantu mempromosikan Kampung Telok Melano dekat sini kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Katanya, beliau sangat mengagumi suasana dan persekitaran kampung tersebut dan yakin media sosial juga mampu mempromosikan kepada pelancong luar serta tempatan.
"Kampung Telok Melano ini sebenarnya sering mendapat kunjungan pelancong dari Belanda, Jerman, Perancis dan Itali dan kebanyakan mereka akan menginap di rumah inap desa di sini.
"Bagaimanapun, sambutan daripada orang tempatan masih kurang, jadi PMSS berhasrat untuk mempromosi kampung ini agar ia boleh dijadikan salah satu destinasi pelancongan," katanya, di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ketua Kampung, Muhammad Pani berkata, pihaknya sukar untuk membuat promosi mengenai kampung tersebut ekoran tiada kemudahan internet.
"Saya berbesar hati apabila ada pihak yang sudi mempromosikan kampung ini kerana ia dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk," katanya.
Salah seorang pelancong dari Belanda, Agaath Van de Hogen berkata, dia sangat mengagumi keindahan alam sekitar kampung itu dan berhasrat untuk berkunjung lagi pada masa akan datang.
"Saya sangat selesa apabila dapat menikmati suasana alam sekitar yang masih terpelihara dengan baik di kampung ini," katanya.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









