ARKIB : 29/08/2012
Bina kolam renang di Bau
KUCHING 28 Ogos - Kerajaan diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah kolam renang awam di Bau, dekat sini sebagai tanda peringatan terhadap kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mengharumkan nama negara meraih pingat gangsa Olimpik.
Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, pembinaan kolam renang itu dapat mempopularkan sukan akuatik dalam kalangan penduduk, sekali gus membantu negara mengenal pasti bakat baru yang berpotensi untuk digilap.
"Rata-rata anak muda di sini memiliki bakat semulajadi dalam sukan akuatik namun mereka tidak memiliki kemudahan tersebut untuk meneruskan minat masing-masing.
"Apa yang mereka perlukan sekarang adalah sebuah kolam renang dan kami berharap, kerajaan sudi mempertimbangkan permintaan ini," katanya pada majlis 'Biruman Bisamah Pandelela Rinong' di Kampung Jugan, Bau, dekat sini semalam.
Majlis yang diadakan bagi bagi meraikan ratu terjun negara itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Mengulas lanjut, Tiki yang juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) berkata, sekiranya permohonan itu diluluskan, pihaknya telah pun mengenal pasti lokasi untuk membina kolam renang tersebut.
Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan tidak akan mengabaikan pembangunan belia dan sukan di daerah itu meskipun agenda utama pihaknya adalah pembangunan infrastruktur.
"Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya sendiri terlibat secara langsung dalam penganjuran beberapa kejohanan tempatan seperti Piala Mas Gading di samping memperkenalkan sukan Muay Thai dan motorcross," katanya.
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Sabah hasil 30 juta tan biomas setahun
Kerajaan terus bantu kontraktor bumiputera
SRS cegah jenayah, erat perpaduan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










