ARKIB : 29/08/2012
Tilawah al-Quran PTPL Sarawak
KUCHING 28 Ogos - Seramai 50 pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) negeri baru-baru ini menyertai program tilawah al-Quran.
Penasihat Program berkenaan, Siti Rohaya Mahmud berkata, aktiviti tersebut diadakan bertujuan memupuk semangat membaca al-Quran dalam kalangan pelajar Islam di kolej berkenaan.
Katanya, penganjuran tilawah itu adalah inisiatif untuk memartabatkan kesucian al-Quran sebagai panduan hidup seharian.
"Saya melihat penganjuran majlis ini bukan sahaja membudayakan amalan membaca al-Quran, malah ia juga acara yang cukup murni dalam mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar.
"Kami juga akan mencadangkannya untuk menjadi program tahunan kolej," katanya.
Selain pelajar dari Sekolah Pengurusan dan Pengajian Profesional (SBMP), ia turut dihadiri Ketua Sekolah SBMP, Masnora Anuar.
Salah seorang pelajar, Nur Baizura Zainuddin berkata, program seumpama itu mampu menimbulkan kesedaran pelajar terhadap perasaan cinta dan suka membaca al-Quran.
"Saya berharap aktiviti ini dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain dan diteruskan pada masa akan datang," katanya.
Rakyat perlu betul-betul fahami Gagasan 1Malaysia
Rakyat perlu 'celik media' - Kamarlin
Muzium bantu pembangunan sosial Sarawak
Rumah, nyawa penduduk terancam
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









