ARKIB : 28/08/2012
Jiwa Merdeka cipta kelainan sambutan kemerdekaan
KOTA KINABALU 27 Ogos - Sambutan perayaan kemerdekaan 2012 peringkat negeri Jumaat ini akan menampilkan kelainan melalui persembahan Jiwa Merdeka oleh kira-kira 750 generasi muda.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, dengan pelbagai kelainan dan persembahan menarik itu sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung disasarkan menghadiri sambutan di Dataran Bandaraya itu.
"Antara persembahan yang menarik ialah Jiwa Merdeka. Ia satu persembahan ekspresi jiwa orang muda yang merdeka.
"Dengan cara ini, kita dapat melihat dari sudut berbeza generasi Y menghayati kemerdekaan dan seterusnya memberi penghargaan kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan raptai sambutan kemerdekaan peringkat negeri 2012 di Dataran Bandaraya, di sini hari ini.
Menurut Yahya, seramai 5,000 peserta daripada 200 kontinjen terlibat dalam menjayakan sambutan perayaan kemerdekaan ke-55 kali ini.
Katanya, sambutan bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 10 pagi itu akan dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri-Menteri Kabinet Negeri.
Dalam pada itu Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan berkata, segala persediaan berjalan lancar.
Katanya, persediaan sambutan ini telah mula dilakukan pada Mei lalu dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan.
"Saya berpuas hati dengan persediaan dan raptai hari ini dan memohon semua rakyat negeri ini supaya sama-sama datang meraikan sambutan kemerdekaan nanti," katanya.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









