ARKIB : 27/08/2012
Buang rasa sangsi menerusi amalan rumah terbuka - Jainab
KOTA KINABALU 26 Ogos - Majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum di negeri ini perlu dijadikan platform bagi membuang rasa sangsi antara satu sama lain.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, majlis tersebut harus digunakan bagi mengeratkan lagi silaturahim seterusnya mencapai perpaduan sebenar antara seluruh masyarakat.
"Perpaduan sebenar akan wujud apabila tidak ada lagi perkara yang menimbulkan rasa sangsi, gelisah dan kurang percaya antara satu sama lain.
"Saya percaya satu bentuk perpaduan lebih kuat akan dapat dibina di atas landasan perpaduan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada masa ini," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Wanita UMNO Sepanggar, Semah Nazira di sini semalam.
Menurut Jainab, semua masyarakat berbilang kaum di negeri ini harus mengambil kesempatan untuk beramah mesra antara satu sama lain pada majlis rumah terbuka yang diadakan.
Tambahnya, kehadiran ramai masyarakat berbilang kaum pada majlis rumah terbuka itu membuktikan semangat 1Malaysia yang telah lama wujud di negeri ini.
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Sabah hasil 30 juta tan biomas setahun
Kerajaan terus bantu kontraktor bumiputera
SRS cegah jenayah, erat perpaduan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










