VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 17/08/2012

Khatam al-Quran dapat sambutan

Sebahagian belia membaca al-Quran beramai-ramai sempena majlis Khatam al-Quran Rakan Muda di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU 16 Ogos - Program Rakan Muda Ramadan merupakan aktiviti tahunan Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah yang melibatkan anak-anak muda Islam di seluruh negeri.

Kesemua belia itu mewakili persatuan bukan kerajaan (NGO) belia, mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat-pusat kemahiran belia, pelajar serta agensi kerajaan.

Sebenarnya, program tersebut adalah pelengkap dan kemuncak kepada acara bina sahsiah jabatan berkenaan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Justeru kali ini, sebanyak tiga program berjaya dilaksanakan di seluruh negeri iaitu tadarus al-Quran, solat tarawih dan witir serta khatam al-Quran Rakan Muda.

Kesemua program itu diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang dipilih tuan rumah tahun ini, sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid contoh yang pernah dinobatkan dengan pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, Mohd. Dahali Matsin berkata, penganjuran itu dilihat sebagai usaha pihaknya untuk menerapkan budaya membaca al-Quran kepada umat Islam khususnya golongan muda.

Menurutnya, ia perlu dilakukan agar mereka bukan sahaja gemar membaca al-Quran tetapi juga menghayati dan mendalami isi kandungannya.

‘‘Selain itu, kita mahu memberi kekuatan dan sokongan moral kepada generasi muda Islam di Sabah agar mereka terus menjadikan al-Quran sebagai pedoman dan pembimbing dalam kehidupan.

‘‘Dengan ini dapatlah kita melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai nilai budi pekerti tinggi. Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri belia kerana mereka merupakan bakal pemimpin yang akan menentukan corak masa depan negara," katanya.

Penganjuran majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadan peringkat negeri mendapat sambutan apabila disertai 1,000 belia dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Cawangan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Mohd. Dahali menambah, usaha membentuk generasi muda tahu membaca al-Quran dan menghayati serta mentaati segala ajaran yang terkandung dalam kitab suci itu sejajar dengan perintah Rasulullah S.A.W yang menghendaki umat baginda tetap teguh dengan al-Quran.

Semua aktiviti itu, jelas beliau, dilaksanakan atas kesedaran dan keinsafan bahawa tugas dan tanggungjawab untuk melahir serta membangunkan generasi bermoral dan beragama tidak terbatas kepada badan keagamaan semata-mata.

Mengenai program tadarus al-Quran pula, Mohd. Dahali berkata, sebanyak 30 buah masjid dan surau di negeri itu telah mengambil bahagian dengan penyertaan lebih 1,200 belia.

Menurutnya, meskipun pada keseluruhannya jumlah itu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah masjid dan golongan muda, ia telah membangkitkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan generasi muda.

‘‘Ia secara langsung dapat membantu membangunkan insan yang bertakwa, beriman dan mempunyai ketahanan mental, jasmani dan rohani dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan.

‘‘Mengambil kata-kata tokoh gerakan pemikir dan ilmuwan Islam, Imam Al-Ghazali: ‘Kalau anda ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, lihatlah pada generasi mudanya," ujarnya.

Mohd. Dahali menegaskan, jabatan itu akan terus memastikan unsur-unsur keagamaan dan moral akan terus diserapkan dalam aktiviti rakan muda yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.