ARKIB : 11/08/2012
Poliklinik Miri pindah Nov. ini
MIRI 10 Ogos - Poliklinik Miri akan dipindahkan ke bangunan Persatuan Perancang Keluarga Miri (PPKM) selewat-lewatnya November ini.
PPKM yang terletak kira-kira 500 meter dari poliklinik itu dijangka dapat meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan, selain memberi keselesaan kepada para pesakit.
Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. Faizul Mansor berkata, poliklinik itu mula beroperasi sejak 1970 dan menerima kira-kira 700 pesakit setiap hari.
"Jabatan Kesihatan Bahagian ini baru mendapat surat kelulusan untuk menggunakan Blok B di bangunan PPKM sebagai memantapkan perkhidmatan Poliklinik Miri yang sudah usang dan sempit.
"Perpindahan sebahagian operasi ke sana diharap dapat mengurangkan masalah kesesakan di Poliklinik Miri," katanya selepas menerima lapan unit penghawa dingin sumbangan Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Kah Fui, Datuk Sebastian Ting di sini semalam.
Sementara itu, Faizul berkata, pihaknya juga telah mengemukakan permohonan untuk mendirikan poliklinik baru bersebelahan Hospital Miri bagi menggantikan bangunan yang semakin usang itu.
"Bagaimanapun keputusan mengenai permohonan tersebut masih belum diketahui lagi," katanya.
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









