ARKIB : 10/08/2012
Cubaan seludup ayam sabung RM40,000 gagal
KUDAT 9 Ogos - Dua lelaki rakyat Filipina terpaksa berputih mata apabila kokokan ayam-ayam sabung bernilai lebih RM40,000 yang cuba diseludup disedari polis sebelum mereka ditahan di perairan Limbuak, Pulau Banggi, di sini semalam.
Tindakan kedua-dua suspek menyembunyikan 10 ekor ayam jantan jenis Texas itu pada mulanya hampir berjaya mengelirukan Polis Marin tetapi nasib mereka malang kerana ayam-ayam itu terlalu awal menunjukkan 'kejaguhan'.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat Wilayah Empat Sabah, Asisten Supritendan Mohammad Aris Jambul berkata, dalam operasi pada pukul 9.30 pagi itu, kedua-dua lelaki berkenaan pada mulanya cuba mengaburi pihak polis dengan mendakwa tidak membawa barangan menyalahi undang-undang.
"Semasa pemeriksaan dijalankan mendapati bot tersebut memuatkan 10 ekor ayam sabung jenis Texas yang cuba diseludup ke negara ini. Nilai kesemua rampasan termasuk ayam dan bot kira-kira RM105,000.
"Ayam sabung itu mendapat permintaan tinggi daripada kaki judi tempatan kerana kualiti dan grednya. Nilai anggaran bagi seekor ayam dijual pada harga RM3,500 dan RM4,000," katanya di sini hari ini.
Tambah Mohamad Aris, kedua-dua suspek berusia 39 dan 45 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 (2) Ordinan Haiwan 1962, semua tangkapan dan barang kes diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Haiwan dan Perusahaan Ternak Kudat untuk tindakan lanjut.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









