ARKIB : 04/08/2012
Kebajikan anak yatim, pelajar miskin tidak dipinggir
KOTA KINABALU 3 Ogos Julai - Nasib anak yatim dan pelajar miskin tidak pernah dipinggirkan malah kebajikan golongan tersebut merupakan agenda utama yang sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan.
Menyedari keperitan hidup yang dialami, seramai 50 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim, anak keluarga miskin dan anak ibu tunggal diraikan kerajaan pada bulan yang mulia ini.
Majlis sumbangan tersebut dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri bersama jabatan dan agensi di bawahnya di Wisma Wanita, dekat sini.
Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, nasib golongan kurang upaya terutama kanak-kanak sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan usaha membantu golongan tersebut terus diperhebatkan.
Katanya, dia tidak mahu golongan lemah seperti kanak-kanak berasa terbeban dengan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga masing-masing.
"Kerajaan juga tidak mahu golongan anak-anak kecil ini berasa diri mereka seperti diabaikan, sebaliknya tahu bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian utama kepada mereka untuk meneruskan kehidupan," katanya pada majlis berbuka puasa kementerian itu di sini baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Datuk Siti Sapoo Ahok dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Ethong Terang.
Selain berbuka puasa, majlis turut dimeriahkan dengan acara keagamaan lain seperti tazkirah, solat fardu berjemaah dan solat sunat tarawih bersama menteri.
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









