ARKIB : 04/08/2012
Syarikat GLC digesa tunai zakat
KOTA KINABALU 3 Ogos - Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini khususnya anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) digesa mengeluarkan zakat pendapatan masing-masing.
Pengerusi Sedco, Datuk Arifin Arif berkata, kewajipan itu penting dalam menyuburkan lagi pendapatan setiap syarikat terbabit dan dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negeri.
"Zakat dan bersedekah tidak mengurangkan pendapatan kita malah menambahkan lagi pendapatan," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama Kumpulan Sedco di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini malam tadi.
Turut hadir Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Maisuri Besri; Pengurus Besar Perkasa Realty, Joidin Gahim dan Pegawai Pusat Zakat Sabah, Dahlan Marali.
Pada majlis itu, Perkasa Realty yang merupakan anak syarikat Sedco telah menyampaikan zakat perniagaan kepada pegawai Pusat Zakat Sabah.
Sempena majlis itu, Ariffin turut menyampaikan sumbangan kepada rumah anak yatim, anak-anak yatim dan badan amal di negeri ini.
Menurut Ariffin, Sedco yang mempunyai lebih 20 anak syarikat amat komited dalam menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan.
"Kumpulan Sedco merancang membayar zakat perniagaan dalam tempoh terdekat dan pada masa ini dua anak syarikat telah pun membayar zakat," katanya.
Sementara itu beliau berkata, sempena bulan Ramadan semua pihak harus sama-sama menyemarakkan lagi amalan bersedekah kerana sumbangan yang diberi kepada golongan berkenaan akan mendapat pahala.
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
6 transformasi sektor pertanian
Elaine cemerlang walaupun berdepan kesempitan wang
RM4b laksana 1,017 projek
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









