ARKIB : 01/08/2012
Kolej PTPL lahirkan insan berkualiti
KUCHING 31 Julai - Seramai 30 pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak yang mengambil subjek Pengajian Islam menyertai Program Mahasiswa Cemerlang (PMC) di kampus kolej tersebut, di sini baru-baru ini.
Program tersebut berlangsung selama dua hari dan dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar & Kerjaya serta Unit Pengajian Islam Kolej PTPL Sarawak.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah slot Min Aina Ila Aina, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Membina Ukhwah, Bengkel Smart Solat, ceramah Resepi Kejayaan serta ceramah Azam dan Tekad.
Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej PTPL Sarawak, Abdul Rahmat Abdullah Chik berkata, PMC wajib diikuti semua pelajar yang mengambil subjek Pengajian Islam.
"Program ini bertujuan melahirkan modal insan berkualiti serta cemerlang dalam aspek yang lebih menyeluruh dan selaras dengan kehendak Islam.
"Pada masa yang sama, program ini juga menerapkan motivasi dan keazaman yang tinggi dalam kalangan peserta untuk berjaya dalam apa jua bidang diceburi," katanya.
Sementara itu, salah seorang peserta, Muhammad Dasuki Azahari berkata, program tersebut membantunya dan rakan-rakan untuk mendalami ilmu agama di samping meningkatkan keperibadian mereka.
"Kami juga menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mencapai kejayaan baik di dunia mahu pun di akhirat," kata penuntut Diploma Rekabentuk Grafik itu.
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









