ARKIB : 31/07/2012
Tanam kesetiaan kepada parti
BEAUFORT 30 Julai - Semangat setia kepada parti dan pucuk kepimpinan perlu ada dalam setiap diri ahli UMNO dan bukannya bertindak menggadai perjuangan yang dilaungkan selama ini.
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata, sikap individu tertentu yang sanggup menggadaikan apa sahaja yang menjadi tunjang kepada perjuangan parti demi kepentingan peribadi seharusnya ditolak.
"Kesetiaan terhadap perjuangan parti dan juga kepimpinan akan menyebabkan ahli UMNO tidak mudah terpengaruh dengan apa yang cuba ditawarkan oleh barisan kepimpinan pihak pembangkang," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau, jemaah haji, tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan serta penyerahan zakat oleh Bank Rakyat dan Perbadanan Baitulmal.
Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, keputusan Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan semua jawatan dalam UMNO dan Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan Barisan Nasional (BN), jelas memperlihatkan amalan demokrasi yang subur diamalkan UMNO dan BN.
Menurutnya, biarpun perkara itu merupakan satu tindakan drastik dan membelakangkan perjuangan parti, ia sama sekali tidak mengundang rasa marah pemimpin parti.
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Sabah hasil 30 juta tan biomas setahun
Kerajaan terus bantu kontraktor bumiputera
SRS cegah jenayah, erat perpaduan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










