ARKIB : 28/07/2012
Logo 1Malaysia disalah guna untuk jual bunga api
KOTA KINABALU 27 Julai - Sindiket penyeludupan kini dikesan sanggup menggunakan logo 1Malaysia bagi melariskan penjualan bunga api di negara ini.
Penyalahgunaan logo 1Malaysia itu dikesan apabila ia ditemui dicetak di atas permukaan kotak mercun dan bunga api yang dirampas Kastam Sabah dalam dua serbuan di Jalan Masjid Kampung Likas Lama dan Kampung Nangkolud, Tuaran pada Isnin lalu.
Pengarah Kastam negeri, Dr. Janathan Kandok berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mengesan sejenis bunga api yang seakan-akan mercun mancis dicetak logo 1Malaysia pada bahagian kotak.
Katanya, ini merupakan kes pertama yang dikesan pihaknya berhubung penggunaan logo 1Malaysia pada kotak bunga api atau mercun.
"Sebanyak 240 kotak bunga api yang dirampas oleh JKDM Sabah pada serbuan kali ini menggunakan logo 1Malaysia dan bunga api tersebut dijual dengan anggaran harga sekitar RM40 sekotak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir, timbalan beliau, Hamzah Sundang.
Mengulas lanjut mengenai dua serbuan tersebut, Janathan berkata, sebanyak 10,529 peket bunga api dan mercun berjaya dirampas dan dianggarkan mempunyai nilai pasaran semasa berjumlah RM67,545.50 serta melibatkan cukai sebanyak RM20,086.64.
Menurut beliau, dalam serbuan pertama, pihaknya merampas 1,201 peket bunga api dan mercun bernilai kira-kira RM17,000 termasuk cukai serta menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.
Dalam serbuan berikutnya pula, pihaknya menyerbu sebuah rumah tidak bernombor dan merampas 9,328 peket bunga api bernilai RM68,000 termasuk cukai daripada seorang lelaki berusia 22 tahun.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









