ARKIB : 24/07/2012
Elizabeth Deng wanita pertama Pemanca
MIRI 23 Julai - Seorang ahli perniagaan di sini, Elizabeth Deng mencatat sejarah apabila muncul wanita pertama dilantik sebagai Pemanca.
Elizabeth, 52, yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Beliau juga ialah Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Eda Beram Long Laput sejak 2004 apabila sering membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Pemanca merupakan gelaran bagi jawatan ketua masyarakat di negeri ini yang bertanggungjawab kepada temenggung serta pegawai daerah.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu berkata, pelantikan tersebut membuktikan penduduk luar bandar turut mempunyai peluang memegang jawatan utama dalam masyarakat.
"Kerajaan tidak pernah menganaktiri mana-mana rakyat di negeri ini malah sentiasa bersikap terbuka memberi peluang untuk mereka menonjolkan potensi diri masing-masing.
"Pengalaman yang dimiliki Elizabeth dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan politik diharap dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Ulu di Baram," katanya pada majlis kesyukuran yang diadakan di Uma Eda Beran, Long Laput di sini hari ini.
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Sabah hasil 30 juta tan biomas setahun
Kerajaan terus bantu kontraktor bumiputera
SRS cegah jenayah, erat perpaduan
50,000 unit rumah di Sarawak
SMK Lutong Miri idam kejuaraan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2013
Peruntukan RM25 juta bagi pemeriksaan mamogram
Puspanita terus relevan bantu sebarkan maklumat pembangunan negara
Bekas pekerja balak mohon kaki palsu
Curtin Sarawak tarik pelajar Australia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










