ARKIB : 24/07/2012
SDNU akan pinda Perlembagaan terima pemimpin kaum lain - William
KAPIT 23 Julai - Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) akan meminda Perlembagaannya bagi menarik penyertaan pemimpin kaum lain supaya ia terus relevan.
Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, penyertaan pemimpin masyarakat Dayak termasuk Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA), Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia) pastinya akan memperkukuh dan memantapkan SDNU.
"SDNU telah ditubuhkan pada 1956 dan selama ini ia dimonopoli oleh kaum Iban dan kita akan mempelawa pemimpin Dayak lain menyertai kita.
"Majlis Tertinggi SDNU telah membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bagi memenuhi hasrat tersebut," katanya.
William yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri berkata demikian dalam ucapan perasmian SDNU Kapit yang diketuai bekas Walikota Majlis Daerah Kapit, Joseph Jinggut yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak di Dewan Sri Baleh, di sini hari ini.
Mengulas hasrat meminda Perlembagaan itu, beliau berkata, ia merupakan langkah proaktif SDNU bagi menyatukan seluruh masyarakat Dayak di negeri ini.
"Dunia sentiasa berubah dan begitu juga cara serta perkara-perkara yang kita lakukan hendaklah berubah, oleh itu kita mesti proaktif dan bergerak ke hadapan.
"Ia juga penting bagi memperkasakan sokongan dan perpaduan kaum Dayak yang membolehkan kita bergerak ke hadapan," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli SDNU agar lebih aktif dan menjadikan persatuan itu sebagai landasan untuk menyuarakan pelbagai masalah serta keperluan masyarakat di peringkat akar umbi kepada pemimpin atau wakil rakyat.
Kontraktor Sarawak dalami ilmu
Kerajaan bina 10 Mahkamah Anak Negeri dalam RMK-10
Kerajaan tubuh pasukan khas
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










