ARKIB : 24/07/2012
Kuasai bahasa Inggeris hadapi era globalisasi
KOTA KINABALU 23 Julai - Penguasaan bahasa Inggeris oleh para pelajar sekolah rendah adalah penting bagi membolehkan mereka mahir berkomunikasi dalam bahasa itu terutama dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, pihaknya mengharapkan lebih ramai murid sekolah, khususnya di Sabah, mempunyai kebolehan memahami dan bercakap dalam bahasa antarabangsa itu yang merupakan satu kemahiran tambahan kepada penguasaan bahasa Melayu yang mantap.
Katanya, tidak ramai murid sekolah rendah di negeri ini yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik, malah lebih menyedihkan ada yang langsung tidak memahaminya.
"Penguasaan bahasa Inggeris penting lebih-lebih dalam era globalisasi dan ICT (teknologi maklumat) sekarang ini. Pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas tidak mencukupi untuk menguasai bahasa ini dengan baik.
"Para pelajar perlu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Jangan malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, belajarlah daripada pengalaman. Apabila selalu bertutur dalam bahasa Inggeris, penguasaan bahasa itu akan meningkat dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikan semasa berucap merasmikan Program Bahasa Inggeris Royal Group di Sepanggar, dekat sini, hari ini yang menyaksikan pelajar dari tiga sekolah terpilih untuk mempelajari bahasa Inggeris secara percuma.
Jainab, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karambunai, berkata, selain waktu pembelajaran subjek Inggeris, tidak ramai pelajar membaca buku Inggeris apatah lagi hendak bertutur dalam bahasa antarabangsa itu.
"Bahasa Inggeris amat jarang sekali menjadi medium berkomunikasi. Mereka tidak menonton rancangan Inggeris di televisyen melainkan ada sarikata dan surat khabar serta majalah yang mereka baca hanya bahasa Melayu," katanya. - BERNAMA
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Sabah hasil 30 juta tan biomas setahun
Kerajaan terus bantu kontraktor bumiputera
SRS cegah jenayah, erat perpaduan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










