ARKIB : 24/07/2012
Ibu muda bersyukur anak dibedah
MIRI 23 Julai — Pengalaman melahirkan anak yang mengalami masalah klef atau sumbing bibir dan lelangit merekah merupakan satu detik sedih bagi seseorang ibu.
Bagaimanapun, di sebalik kesedihan mereka, akan tiba saat gembira yang tidak dijangka seperti dialami dua ibu muda, Siti Rokiah Abdul Majid, 25, dan Angik Sampai, 25.
Siti Rokiah dari Bintulu berkata, dia amat gembira apabila mengetahui anaknya, Qaleesya Alia Qashidi Ajmal, sembilan bulan, dipilih untuk menjalani pembedahan pembetulan klef bibir di Hospital Columbia Asia Miri.
Katanya, dia mengetahui mengenai kempen itu melalui akhbar sebelum mendaftarkan namanya di Hospital Columbia Asia Bintulu.
"Sebagai ibu, saya amat bersyukur kerana Qaleesya dapat menjalani pembedahan walaupun perlu ke Miri.
"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak di atas kempen tersebut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Bagi Angik yang berasal dari Sri Aman, dia terharu kerana impiannya untuk melihat senyuman anak perempuannya, Everina Lawrence, empat bulan, akhirnya bakal menjadi realiti.
"Sebagai ibu, saya berasa amat gembira dan bangga kerana Everina berjaya menjalani pembedahan secara percuma.
"Pembedahan ini sangat penting supaya dia dapat membesar seperti kanak-kanak lain," katanya.
Angik menambah, suaminya hanya bekerja sebagai buruh kasar dan mereka sekeluarga tidak mampu membiayai kos pembedahan Everina.
"Justeru, kempen ini benar-benar bermakna bagi kami. Saya berharap ia diteruskan pada masa hadapan dan berharap ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah sama agar tidak berasa segan untuk mendapatkan rawatan pembedahan secepat mungkin," katanya.
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









