ARKIB : 23/07/2012
253 projek bernilai RM229 juta siap
MIRI 22 Julai - Sebanyak 253 projek pembangunan bernilai RM229.12 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk negeri ini sepanjang dua tahun lalu telah berjaya disiapkan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang bertanggungjawab memantau projek berkenaan berkata, jumlah itu bersamaan dengan 73.98 peratus daripada keseluruhan 342 projek yang bernilai RM2.3 bilion.
"Sebanyak 16.37 peratus atau 56 projek bernilai RM1.8 bilion pula sedang dilaksanakan manakala 9.65 peratus atau 33 projek bernilai RM235.2 juta belum dimulakan.
"Semua projek yang telah dan akan dilaksanakan ini adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menunaikan setiap pembangunan yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek Diluluskan Semasa Walkbout Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Sehingga 20 Julai di sini semalam.
Jawatankuasa tersebut merupakan yang pertama seumpamanya dan bermesyuarat pada setiap bulan bertujuan memantau serta menyelaras projek-projek pembangunan yang telah diumumkan oleh dua pemimpin tertinggi negara itu.
Uggah dalam pada itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa projek bermasalah dan beliau bercadang turun padang bagi mencari jalan penyelesaian.
Menurutnya, antara projek bermasalah tersebut adalah projek pembinaan Hospital Sibu yang bernilai RM250 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Pulau Beruit bernilai RM43 juta serta Loji Takungan Air Sri Aman bernilai RM70 juta.
"Selain itu, ada juga projek yang tersasar daripada jadual asal dan baru hendak dilaksanakan dalam masa terdekat seperti pembinaan Jambatan Sadong yang bernilai RM200 juta.
"Pembangkang menggunakan isu ini dengan mendakwa BN cuma pandai menabur janji. Maklumlah pilihan raya sudah dekat, jadi saya sendiri akan melawat projek-projek di sana," katanya.
Rakyat perlu betul-betul fahami Gagasan 1Malaysia
Rakyat perlu 'celik media' - Kamarlin
Muzium bantu pembangunan sosial Sarawak
Rumah, nyawa penduduk terancam
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









