ARKIB : 23/07/2012
Generasi muda perlu ceburi bidang pembinaan
TAWAU 22 Julai - Generasi muda diseru menanam minat menceburi kerjaya berkaitan dengan industri pembinaan kerana ia merupakan antara sektor penting yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim berkata, ketika ini negara terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing bagi membangunkan industri itu ekoran masalah kekurangan tenaga kerja tempatan.
Menurut beliau, selain mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing, ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan golongan belia.
"Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mereka menceburi kerjaya itu memandangkan sektor pembinaan turut boleh memberi pulangan yang lumayan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kerjaya dan Keselamatan serta majlis penyampaian watikah pelantikan Kelab Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) 2012 di sini kelmarin.
Ariffin turut memuji usaha CIDB menubuhkan Kelab Pembinaan yang difahamkan disertai kira-kira 300 peserta dari semua sekolah menengah di daerah ini.
"Diharap penubuhan kelab ini berjaya menarik minat pelajar tentang kerjaya berkaitan sekali gus sebagai persediaan mengatasi kekurangan tenaga kerja bagi sektor itu pada masa depan," katanya.
Tarif elektrik di Sabah kekal
Rakyat perlu betul-betul fahami Gagasan 1Malaysia
Rakyat perlu 'celik media' - Kamarlin
Muzium bantu pembangunan sosial Sarawak
Rumah, nyawa penduduk terancam
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









