ARKIB : 23/07/2012
Perketat prosedur sebelum penerbangan
KUCHING 22 Julai - Pengusaha perkhidmatan helikopter di negeri ini digesa melaksanakan prosedur penerbangan dengan ketat sebelum memulakan sebarang perjalanan termasuk mengutamakan pendapat kapten penerbangan.
Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, selain faktor cuaca dan keadaan pesawat, arahan kapten amat penting memandangkan individu tersebut bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penerbangan.
"Arahan kapten adalah yang paling penting. Jika beliau memutuskan penerbangan tidak boleh diteruskan, tiada sesiapa boleh mempersoalkan keputusan tersebut termasuk menteri.
"Malah Ketua Menteri sendiri memberitahu, sekiranya kapten pesawat memberitahu penerbangan perlu dibatalkan, maka kita harus akur demi keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Satok di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nahas helikopter di Muara Batang Lupar, dekat Sebuyau yang mengorbankan tiga penumpangnya Jumaat lalu.
Ekoran kejadian itu, beberapa pihak menggesa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menguatkuasakan arahan membatalkan penerbangan ketika cuaca buruk.
Mengulas lanjut, Abang Johari meminta semua pihak agar tidak membuat pelbagai andaian sendiri memandangkan punca nahas tersebut masih dalam siasatan.
"Apa-apa pun saya bukanlah pakar, jadi saya serahkan perkara ini kepada yang pakar," katanya.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









