ARKIB : 21/07/2012
Cuaca buruk punca gangguan bekalan simen
KUCHING 20 Julai - Kekurangan bekalan simen yang dilaporkan berlaku di Miri berpunca daripada kelewatan penghantaran batu hangus dari Vietnam dan Thailand.
Ketua Pegawai Eksekutif CMS Cement Sdn. Bhd. (CMS Cement), Othman Abdul Rani berkata, kelewatan penghantaran itu disebabkan musim hujan di dua negara berkenaan.
Katanya, CMS Cement terpaksa mengimport batu hangus berkenaan kerana ia tidak dihasilkan di negeri ini.
"Berikutan hujan tanpa henti di Vietnam dan Thailand, batu hangus tidak dapat dimuatkan ke dalam kapal pada waktu yang sepatutnya menyebabkan ia tidak tiba di sini sebagaimana dijadualkan.
"Bagaimanapun, bahan mentah itu kini telah dihantar oleh vendor ke Loji CMS Cement di Pending dan simen yang dihasilkan akan dihantar ke terminal pukal di Miri," katanya di sini semalam.
CMS Cement merupakan syarikat pengeluar simen tunggal di negeri ini.
Dalam pada itu, Othman berkata, loji CMS Cement akan beroperasi 24 jam sehari pada kapasiti tertinggi untuk memenuhi permintaan simen tempatan.
Katanya, dengan peningkatan kapasiti pengeluaran itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan pesanan yang tertangguh, memproses pesanan sedia ada dan memenuhi stok simpanan.
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









