ARKIB : 21/07/2012
Pengusaha bas perlu pastikan keselamatan pelancong
KOTA KINABALU 20 Julai - Pengusaha bas persiaran di negeri ini diingatkan agar memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan baik ketika membawa pelancong.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, mereka perlu berwaspada agar keselamatan pelancong ketika mengunjungi negeri ini sentiasa terjamin.
"Kita tidak mahu imej negeri ini tercalar akibat kes-kes kemalangan melibatkan bas pelancong," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Ke Arah Membudayakan Keselamatan Diutamakan Bagi Pemandu Bas Pelancong, di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantunya, Datuk Ellron Alfred Angin.
Seminar sehari itu dianjurkan bersama Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah, Jabatan Keselamatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.
Seminar itu menghimpunkan seramai 120 peserta terdiri daripada pemandu pelancong di seluruh negeri.
Masidi berkata, kes kemalangan jalan raya yang disebabkan kecuaian pemandu boleh diminimumkan dengan pendekatan pendidikan dan latihan yang berterusan kepada para pemandu.
"Kemalangan yang sering berlaku memberikan kesan buruk kepada imej dan ekonomi negeri ini yang berasaskan pelancongan," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, semua pengusaha bas persiaran serta pemandu bas persiaran perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









