ARKIB : 21/07/2012
Polis Marin rampas barangan RM200,000
BINTULU 20 Julai - Polis Marin Sarawak berjaya merampas rokok, minuman keras dan sebuah van jenis Toyota Hiace bernilai kira-kira RM200,000 dalam satu operasi hari ini.
Komandernya, Asisten Komisioner Mohamad Saleh Mat Jani berkata, operasi tersebut diketuai oleh dua pegawai dan lapan anggota kira-kira pukul 10 pagi di Plaza Li Hua di sini.
Menurutnya, dalam operasi tersebut pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang dipercayai pemilik premis.
"Kita menjalankan operasi ini selepas menjalankan misi pengintipan selama sebulan.
"Sebaik pemeriksaan dilakukan, kita menemui 43 minuman keras pelbagai jenama, 624 tin bir dan sebuah van yang mengandungi beberapa kotak rokok kretek serta rokok putih yang dipercayai diseludup," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Mohamad Saleh berkata, kes tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam iaitu memiliki barangan yang belum dibayar cukai.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









