ARKIB : 21/07/2012
Usahawan wanita perlu teroka perniagaan borong
KOTA KINABALU 20 Julai - Usahawan wanita, khususnya ibu tunggal perlu meneroka pelbagai bidang keusahawanan, termasuk perniagaan borong pelbagai jenis barangan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, ia merupakan langkah bijak dalam memberi nilai tambah dalam perniagaan mereka.
"Usahawan wanita perlu sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran selain menyemai inovasi dan kreativiti mereka bagi melonjakkan perniagaan yang diceburi," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis perasmian kursus borong barangan dari China dan Vietnam di Bangunan Wisma Wanita, di sini semalam.
Seramai 300 peserta yang terdiri daripada ibu tunggal, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta usahawan wanita menyertai kursus tersebut.
Ia dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah bertujuan membantu ibu-ibu tunggal dan wanita yang berminat dalam bidang perniagaan.
Selain itu, ia juga bagi memberi pendedahan dan menyuntik semangat usahawan wanita sama ada yang telah berkecimpung atau yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Azizah berkata, peserta perlu memanfaatkan kursus berkenaan kerana ia melibatkan perniagaan borong barangan dari luar negara.
Jelasnya, mereka akan diberi pendedahan tentang prosedur dan persediaan dalam menguruskan perniagaan borong kerana kedua-dua negara itu memiliki sistem perundangan yang tersendiri.
"Para peserta juga akan didedahkan mengenai margin keuntungan daripada perniagaan ini yang dijangka boleh mencecah antara 100 hingga 600 peratus," ujarnya.
Beliau menambah, China dan Vietnam sememangnya menjadi tumpuan dan fokus utama para peniaga untuk mendapatkan bekalan kerana ia menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang cukup murah.
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









