VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 21/07/2012

1,500 unit RMR untuk Sarawak

ABANG Johari Tun Openg (tengah, bertopi) bersama para pemilik RMR sempena lawatan ke tapak RMR Skim Pembesaran Kampung Majelin, Bekenu, Miri, semalam.

MIRI 20 Julai - Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Pusat akan membina 1,500 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan kos lebih RM106 juta.

Menteri Perumahan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, antara kawasan yang bakal mendapat penambahan RMR adalah di Parlimen Sibuti membabitkan 60 unit.

Katanya, kawasan terbabit adalah Kampung Majelin, Kampung Rancah-Rancah dan Kuala Sibuti.

"Di Kampung Majelin, kita sudah membina sebanyak 28 unit rumah RMR dan berharap membangunkan lebih banyak rumah sedemikian.

"Semua ini adalah pembangunan yang telah dijanjikan Barisan Nasional (BN), oleh itu kalau kita mahu lebih banyak pembangunan, kekalkan perpaduan dan teruskan sokongan kepada kerajaan," katanya.

Beliau berucap sewaktu mengadakan lawatan ke tapak RMR di Skim Pembesaran Kampung Majelin, Bekenu hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan negeri berkata, kerajaan memperuntukkan RM71,000 untuk membina seunit RMR.

Katanya, rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan layak memohon RMR dan ia merupakan projek berterusan.

"Kerajaan memberikan subsidi RM23,666.57 bagi setiap unit RMR dan jumlah yang perlu dibayar pemiliknya hanya RM48,280.

"Ia dibayar secara ansuran RM150 sebulan selama 322 bulan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.