VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 22/06/2012

192 Rumah Mesra Rakyat dibina

KUCHING 21 Jun - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan membina 192 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Muara Tebas, di sini.

Fasa pertama projek yang dibangunkan oleh Kumpulan Contractions Sdn. Bhd. di tanah seluas 6.5 hektar dijangka siap penghujung Ogos depan membabitkan penyediaan infrastruktur asas.

Menteri Perumahan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, pembeli cuma perlu membayar dua per tiga daripada kos pembinaan RMR berkenaan yang berharga RM75,000 seunit manakala selebihnya akan ditanggung kerajaan.

"Kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan sektor swasta bagi membangunkan kawasan Kampung Muara Tebas dengan projek komersial.

"Kawasan ini dikenal pasti akan menjadi laluan utama kepada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk menuju ke Taman Negara Bako," katanya selepas melawat tapak projek Bandar Baru Muara Tebas, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Muda Perumahan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Projek Bandar Baru Muara Tebas yang mempunyai 12 fasa itu akan dilengkapi dengan bangunan rumah teres, rumah berkembar, banglo, masjid dan bangunan kedai yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lapan hingga 10 tahun.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pihaknya juga bersetuju untuk membina sebuah tasik buatan di kawasan perumahan tersebut yang bertujuan mengatasi masalah banjir.

Katanya, pembangunan tersebut merupakan bukti usaha kerajaan membawa perubahan menyeluruh bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

"Pembinaan rumah ini merupakan program sosial kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa, di samping meningkatkan taraf hidup masing-masing," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.