VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 18/04/2013

Berjaya hasil bantuan agensi kerajaan

Ujinanie Satam bersama produk kecantikan yang dijual di Kota Belud.

KOTA BELUD 17 April - Hanya berpegang kepada kesungguhan, Ujinanie Satam, 34, menceburkan diri dalam penjualan produk kosmetik secara kecil-kecilan tanpa premis perniagaan tetapi hanya menumpang kereta kawan-kawan untuk memasarkan barang jualannya.

Tetapi kini dia mampu berbangga kerana dapat mempamerkan barangan jualannya di Multi Corner, sebuah kedai sederhana luas di bawah bangunan Majlis Daerah Kota Belud yang disewa bersama rakan-rakannya.

Kisahnya, setelah menamatkan persekolahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, wanita dari Kampung Rampayan Ulu ini tanpa membuang masa terus mencari peluang pekerjaan di sebuah pasar raya di ibu negeri.

"Menyedari hakikat bahawa dengan bekerja sebagai pekerja biasa yang tidak menjanjikan masa depan lebih baik, akhirnya saya pulang ke kampung dan cuba berniaga secara kecil-kecilan produk kosmetik dan kecantikan," katanya.

Potensi perniagaan yang dijalankannya memperlihatkan impak yang cukup positif, lalu Ujinanie memberanikan diri untuk memohon pinjaman bantuan perniagaan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM15,000.

Dengan modal tersebut, bakat Ujinanie sebagai usahawan benar-benar terserlah apabila setiap produk yang dipasarkannya mendapat perhatian dalam kalangan kaum hawa terutama kawan-kawan dan kenalannya.

"Sekarang saya telah mempunyai premis, tetapi masih berkongsi dengan rakan-rakan, sekadar untuk meramaikan para peniaganita sedia ada," ujarnya merendah diri.

Produk-produk kosmetik keluaran syarikat-syarikat kosmetik terkenal diperoleh dari stokis di ibu negeri, sama ada dihantar oleh stokis tersebut atau diambilnya menggunakan kereta yang baru dibelinya tahun lalu, hasil daripada titik peluhnya.

"Kalau dahulu saya menumpang hidup dengan keluarga tetapi kini saya bersyukur kerana dapat menyumbang serba sedikit perbelanjaan untuk mereka," jelasnya.

Demikian juga halnya dengan Sitilian Tasan, 63, dan Awang Daud Gati (gambar), 63, pasangan usahawan memproses hasilan kacang soya dari Taman Harmoni, Taun Gusi Padang, tidak jauh dari sini.

Pada mulanya, pasangan pesara kerajaan ini hanya 'bermain-main' dalam pemprosesan hasilan kacang soya untuk memenuhi masa setelah bersara, dan hasil yang mereka keluarkan dipasarkan sendiri di tamu minggu.

"Akhirnya kami didatangi oleh pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan bertanya tentang penghasilan soya ini, siap dengan tawaran bantuan daripada kementerian itu," kata Awang Daud.

Tambahnya, bantuan pembinaan bangunan sebanyak RM65,000 dan peralatan bernilai RM20,000 tiba tidak lama kemudian setelah mengisi borang permohonan yang akhirnya mengubah kehidupan pasangan pemilik CT Enterprise ini.

"Dalam hal untuk mencapai kemajuan, kerajaan amat bersungguh-sungguh dan tidak pernah mengabaikan rakyat, kecuali rakyatlah yang tidak tahu menilai kaca dan permata," kata Awang Daud.

Baru-baru ini mereka diberi bantuan tambahan untuk memperbesarkan bangunan bagi pusat pemprosesan tersebut dan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada kepakaran usahawan ini, mereka sering diundang oleh KPLB menjadi tenaga pengajar bagi kursus-kursus singkat dalam bidang berkenaan di seluruh Sabah.

Antara produk dari soya yang dihasilkannya ialah tauhu segar, tauhu goreng, tauhu manis dan minuman soya.

"Bagi mereka yang memperlihatkan kesungguhan dalam mengubah taraf hidup, kerajaan sentiasa menawarkan bantuan tanpa pilih bulu," jelas Sitilian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.