VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 30/03/2013

Sokong langkah pencegahan, kawalan penyakit

LAWAS 29 Mac - Masyarakat diminta menyokong penuh langkah pencegahan dan kawalan oleh Jabatan Kesihatan bagi mengekang penularan penyakit berjangkit seperti tibi dan denggi.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong dalam pada itu berharap masyarakat khususnya di luar bandar bukan sahaja mengetahui risiko penyakit berjangkit bahkan tahu cara mencegahnya.

"Untuk pengetahuan semua, di Sarawak penyakit berjangkit terutama tibi adalah masalah kesihatan awam kedua tertinggi dilaporkan pada 2011 dan 2012 selepas penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

"Bagi penyakit tibi di daerah Limbang dan Lawas pula, masing-masing 52 dan 25 kes dilaporkan pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus daripada empat peratus pada 2011," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kesedaran Penyakit Tibi Peringkat Komuniti sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia di Kampung Long Tukon, Ulu Trusan di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Anti Tuberculosis Sarawak, Datin Louise Kanyan; Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, Dr. Norliza Jusoh; Pegawai Kesihatan Daerah Lawas, Dr. Noryatini Merali dan Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Trusan, Brahim Tarip.

Sementara itu Henry berkata, di peringkat kebangsaan, Kementerian Kesihatan telah memulakan Program Kawalan Tibi Kebangsaan sejak 40 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 19,337 kes tibi dilaporkan di negara ini pada 2010.

"Angka itu menjadikannya penyakit kedua tertinggi dilaporkan dalam kalangan penyakit berjangkit selepas denggi," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.