VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 26/03/2013

Polis hargai keprihatinan masyarakat

Roslan Bek Ahmad, (tengah baris belakang) bersama anggotanya pada sambutan Hari Polis Ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, semalam .

KUCHING 25 Mac - Polis menghargai keprihatinan masyarakat di negeri ini terhadap perjuangan anggotanya yang bertugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, keprihatinan tersebut jelas tergambar menerusi sumbangan kepada Tabung Wira Lahad Datu yang tidak putus-putus diterima daripada pelbagai pihak.

Selain itu katanya, sambutan menggalakkan yang diberi kepada program amal pihak polis di sekitar bandar raya ini turut membuktikan sokongan tidak berbelah-bahagi masyarakat terhadap pasukan keselamatan tersebut.

"Hari ini sahaja, kita menerima lima sumbangan berjumlah lebih RM19,000 daripada individu serta organisasi yang prihatin dengan nasib saudara kita yang terkorban.

"Dua daripadanya disumbangkan secara peribadi oleh dua orang dermawan kepada keluarga mendiang Deputi Supritendan Michael Padel yang terkorban di Sabah baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis Ke-206 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.

Terdahulu, sambutan tersebut yang menampilkan kelainan apabila menyajikan persembahan pantomin mengenai perjuangan polis menentang pengganas Kiram mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir.

Dalam majlis sama, Roslan Bek turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 25 penerima terdiri daripada anggota polis yang berkhidmat dengan cemerlang serta orang awam yang memberi sumbangan dalam operasi pencegahan jenayah.

Beliau dalam pada itu memberitahu, sambutan Hari Polis ke-206 bakal berlangsung selama sebulan dengan pelbagai program pengisian bagi mendekatkan anggota polis dengan masyarakat.

"Sebagai contoh kelmarin, Kuching Cop Cycling Club (KCCC) terlibat dengan dua program kemasyarakatan iaitu Bike & Ride Padawan 2013 serta Earth Hour," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.