VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 23/05/2012

Berkampung di rumah panjang

Mahasiswa UiTM Sarawak bersama penghuni Rumah Panjang Bawang Assan dan juga para guru serta pelajar SMK Bawang Assan pada hari terakhir program Pendedahan Budaya dan Pendidikan Bersama Masyarakat di Sibu, baru-baru ini.

SIBU 22 Mei - Seramai 40 mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Muda Sains Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak berkampung di inap desa Rumah Panjang Bawang Assan, di sini bagi menjayakan projek Pendedahan Budaya dan Pendidikan Bersama Masyarakat, baru-baru ini.

Program berkenaan mempunyai tiga objektif utama iaitu untuk melihat perkembangan ekonomi masyarakat luar bandar khususnya pengurusan inap desa, mendedahkan para mahasiswa kepada budaya masyarakat Iban di rumah panjang dan melakukan promosi mengenai peluang pendidikan di UiTM.

Ketua Projek, Charlie Lawai berkata, ketibaan mereka disambut mesra oleh masyarakat setempat yang melakukan upacara 'miring' iaitu sambutan wajib kepada tetamu yang baru pertama kali ke rumah panjang.

Katanya, upacara itu bertujuan memberi perlindungan kepada para peserta daripada segala malapetaka sepanjang berada di rumah panjang tersebut.

"Untuk mewujudkan ikatan kekeluargaan, para peserta dibahagikan kepada tujuh keluarga angkat di rumah panjang berkenaan.

"Sepanjang hari tersebut, para peserta diberi layanan mesra oleh keluarga angkat masing-masing dan dibawa melawat sekitar kawasan rumah panjang dan perkampungan," katanya di sini baru-baru ini.

Mengiringi pelajar berkenaan ialah Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Noorfadhleen Mahmud.

Mengulas lanjut, Charlie berkata, pada sebelah malamnya mereka diraikan dalam majlis ringkas sambutan Hari Ibu yang turut diselitkan dengan pertandingan tarian ngajat sebagai sambutan praperayaan Gawai.

"Keesokan harinya, para peserta menjalankan aktiviti taklimat ringkas memperkenalkan UiTM kepada para pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan.

"Mereka turut diberi motivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Inap Desa Rumah Panjang, Marchanty Gindu berkata, kehadiran mahasiswa UiTM mencatatkan sejarah tersendiri kerana ia adalah kali pertama program berbentuk pendidikan diadakan di rumah panjang itu.

Beliau turut menyatakan harapan supaya program tersebut dapat memberi kesan dan perubahan yang besar terhadap perkembangan pendidikan para pelajar sekolah berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.