ARKIB : 11/08/2012
Tetap sokong LCW walau kalah
BARU-BARU ini negara bersedih dengan kekalahan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kepada musuh ketatnya, pemain badminton dari China, Lin Dan di Olimpik London 2012.
Bagi saya, permainan Chong Wei begitu mengagumkan.
Di sebalik kekalahan itu, ramai yang begitu menyanjungi mutu serta corak permainan Chong Wei yang tidak mudah menyerah kalah kepada Lin Dan.
Malah, perlawanan hari itu juga jika dilihat secara menyeluruh berjaya menyatukan seluruh bangsa di negara ini.
Saya sendiri yang menyaksikan perlawanan tersebut di luar rumah tidak menyangka pelbagai bangsa duduk bersama melihat permainan itu.
Ada kalanya, kami menepuk tangan bersama, menjerit bersama dan ada juga yang sampai menepuk meja.
Malah, sempat juga saya bersembang dengan pak cik berbangsa India di sebelah kerusi saya tentang corak perlawanan kedua-dua pemain malam itu.
Lihatlah bagaimana penyatuan yang berjaya dilakukan dengan hanya satu perlawanan badminton sahaja.
Namun, masih ada juga yang cuba untuk memecahkan keharmonian yang kita kecapi sekarang.
Baru-baru ini juga, salah seorang ahli politik pembangkang telah mempersenda Chong Wei.
Saya sebagai pembaca memang sakit hati. Malah, menurut laporan akhbar, ramai juga yang berang dengan kenyataan ahli politik terbabit.
Kenapa cakap begitu? Biarpun kita kalah pada perlawanan tersebut, tetapi tidak dapatkah dia melihat keharmonian yang diwujudkan daripada perlawanan itu?
Inilah akibatnya bila semua perkara hendak dipolitikkan selama 24 jam asyik berfikir mengenai politik sahaja.
Namun, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya cukup bangga dengan pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkan oleh Chong Wei.
Ada satu petikan di Twitter yang mengatakan: Satu hari nanti, Lin Dan akan ditanya, siapa lawan terkuat beliau? Lin Dan berkata, dia adalah Lee Chong Wei.
ANAK MALAYSIA BANGGA
Kajang, Selangor
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Pandelela nobat wanita Malaysia di persada dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










