ARKIB : 22/07/2012
Keajaiban jaguh Olimpik meraih emas
SUKAN Olimpik kali ke 30 yang akan bermula pada 27 Julai ini di London pastinya sekali lagi akan membuatkan para peminat sukan tidak tidur malam. Selepas berakhirnya kejohanan bolasepak Euro baru-baru ini yang menobatkan Sepanyol sebagai juara, kali ini semua mata akan tertumpu kepada temasya sukan paling besar dan meriah di dunia.
Berbeza dengan kejohanan Euro, sukan Olimpik melibatkan ratusan acara yang menjadi rebutan pelbagai negara yang mengambil bahagian.
Malaysia turut tidak ketinggalan memeriahkan kejohanan ini dengan menghantar 34 atlet yang terpilih sama ada melalui merit atau wild card.
Sejak kali pertama Malaysia menyertai Sukan Olimpik Melbourne, Australia pada 1956, setakat ini jumlah atlet teramai dalam kontinjen negara ialah 64 orang iaitu di Sukan Olimpik Tokyo, Jepun pada 1964.
Pada kejohanan yang akan berlangsung selama 15 hari ini, sebanyak 302 acara melibatkan 26 sukan akan berlangsung melibatkan hampir 11,000 orang atlet dari 205 negara yang bertanding.
Bandaraya London terpilih menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik selepas mengetepikan pesaing-pesaingnya seperti Moscow, New York, Madrid, Havana, Istanbul dan Paris dalam satu mesyuarat Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 6 Julai 2005 di Singapura.
Menjadikannya lebih menarik pemilihan kali ini menjadikan London satu-satunya bandar raya di dunia yang terpilih menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik moden sebanyak tiga kali selepas menganjurkannya pada 1908 dan 1948.
Pancawarna minggu ini cuba meninjau kembali legenda-legenda Olimpik yang pernah menyinar dan menjadi pujaan jutaan peminat di seluruh dunia.
Dengan kejayaan yang pernah dikecapi mereka ini ia umpama tonik yang memberi semangat dan kekuatan untuk atlet lain mengikut jejak langkah selain dijadikan idola dalam hidup.
Sesungguhnya Sukan Olimpik bukan sekadar satu pertandingan sukan melibatkan pelbagai negara tetapi paling penting menanam semangat setiakawan dan semangat kesukanan yang tinggi tanpa mengira kaum dan warna kulit.
Menjadikan Olimpik umpama satu keajaiban yang pernah dicipta manusia, sesungguhnya kejohanan ini tidak pernah gagal dalam melahirkan bintang yang menjadi legenda pujaan jutaan manusia di muka bumi ini.
<--MORE!-->
Sihat, ceria resipi kejayaan Sazali
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











