ARKIB : 23/06/2012
Anak pembakar semangat bintang Euro
SEBENARNYA faktor sudah berkeluarga dan mempunyai anak, bukanlah alasan untuk pemain bola sepak tidak bergiat aktif dalam sukan itu.
Perkara itu dibuktikan oleh pemain bertaraf bintang ketika Kejohanan Eropah (Euro 2012) apabila membawa anak-anak ke Poland dan Ukraine untuk menyaksikan mereka beraksi.
Anak-anak sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk pemain berkenaan beraksi dengan lebih cemerlang lagi.
Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, 27, yang menjaringkan dua gol bagi membolehkan negara itu menewaskan Belanda 2-1 telah menghadiahkan jaringan itu untuk anaknya, Cristiano Jr.
Bagi pemain Real Madrid itu, kehadiran bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang itu adalah pembakar semangat untuk beliau terus mempamerkan aksi cemerlang ketika perlawanan berprestij terbabit.
Jaringan pada Isnin lalu yang menyebabkan Belanda tersingkir daripada Euro 2012 adalah pada hari anaknya yang dilahirkan di San Diego, Amerika Syarikat (AS) itu menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua.
Dalam pada itu, bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres, 28, yang menyumbang dua gol bagi membolehkan pasukan itu menang besar 4-0 ke atas Ireland juga mempunyai anak-anak yang mewarisi bakat bola sepaknya.
Anak lelaki penyerang Chelsea itu, Leo, tiga, dan anak perempuannya, Nora, empat, serta isterinya, Olalla Dominguez sering dibawa bersama setiap kali beliau menyertai kejohanan besar seperti Euro 2012.
Sementara itu, pemain tengah Itali, Alessandro Diamanti, 29, juga sentiasa bersemangat di padang dengan kehadiran anak perempuannya, Aileen, empat, sambil ditemani isteri beliau yang juga seorang pengacara televisyen, Silvia Hsieh.
Kedua-kedua mereka menjadi tumpuan jurugambar ketika Itali menentang Sepanyol di Stadium PGE Arena, Gdansk, Poland, pada 10 Jun lalu.
Turut kelihatan di stadium itu ialah Christopher, satu, anak lelaki penyerang Itali, Antonio Cassano, 30, dengan isterinya yang juga pemain polo air, Carolina Marcialis. Dia telah menyumbang satu gol ketika Itali menewaskan Ireland 2-0.
Penyerang tersohor England, Wayne Rooney juga menjadikan anak lelakinya, Kai, tiga, sebagai pembakar semangat apabila beliau beraksi buat pertama kali menentang Ukraine.
Dalam perlawanan itu, England menang 1-0 dengan gol tunggal dijaringkan oleh Rooney. Sebelum ini, beliau tidak dapat beraksi kerana digantung dua perlawanan.
Sempena sambutan Hari Bapa pada 17 Jun lalu, penyerang Manchester United itu dilihat membawa anaknya dan isteri, Coleen McLoughlin melawat zoo dan bersiar-siar di sekitar bandar kebudayaan Poland, Krakow.
Penyerang Ukraine, Andriy Voronin, 33, juga tidak pernah lupa membawa anak perempuannya, Sonja setiap kali beliau menjalani latihan dan ketika menyertai perlawanan sebenar.
Turut berbuat demikian ialah ketua pasukan yang juga bintang tengah veteran Greece, Giorgos Karagounis, 35.
Beliau sering membawa tiga anaknya, Thanasis, Christopher dan Xenia serta isteri, Nana Patras Karras bagi meraikan kejayaan pasukan itu menundukkan Rusia 1-0. Dia menjadi wira Greece apabila menjaringkan gol kemenangan.
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Pandelela nobat wanita Malaysia di persada dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










