VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA SUKAN

ARKIB : 02/06/2012

Novel bantu Adawiyah fokus

ADAWIYAH bersama sebahagian koleksi novel hasil karya penulis tempatan.

MEMBACA dapat menjadikan kita kaya dengan ilmu pengetahuan, malah melalui pembacaan juga membolehkan seseorang itu membentuk daya imaginasi mengikut persepsinya sendiri.

Itu adalah kuasa yang ada pada bahan bacaan seperti novel, cerpen dan sebagainya yang disifatkan oleh atlet hoki wanita negara, Rabiatul Adawiyah Mohamed mampu menjadikan seseorang itu hanyut dalam penceritaan penulis.

Menurut pemain tengah skuad hoki wanita negara itu, membaca dapat memperluaskan imaginasi pembaca tidak seperti ketika menonton televisyen atau filem yang memaksa kita menerima apa saja yang dilihat.

Disebabkan itu, atlet yang lebih mesra dipanggil Adawiyah ini gemar membaca bahan bacaan yang dapat mengembangkan daya imaginasinya seperti novel.

Kebanyakan novel yang diminati Adawiyah adalah hasil tulisan penulis tempatan seperti Damya Hana.

Minat mendalam terhadap dunia pembacaan novel juga membolehkan atlet kelahiran Kuala Terengganu itu mampu menilai dan membezakan kualiti hasil penulis-penulis novel tempatan.

Malah Rabiatul Adawiyah juga pernah bercita-cita mahu menjadi seorang penulis novel ketika di bangku sekolah menengah.

"Kalau saya mahu buat novel saya akan tulis novel yang lebih berkaitan tentang diri saya kerana ada beberapa perkara menarik dalam kehidupan saya sebagai atlet mahu saya kongsi dengan pembaca.

"Itu adalah cita-cita saya, siapa sangka mungkin suatu hari nanti saya mampu untuk menjadi penulis novel," kata Rabiatul Adawiyah.

Katanya, novel genre romantik adalah pilihannya kerana kebanyakan hasil karya tersebut dapat memberikannya ketenangan dan menambah beberapa input berguna yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian terutama dalam aspek cara berkomunikasi serta cara memahami perasaan seseorang.

Menurut atlet berusia 23 tahun itu, ketika ini lebih 70 buah novel berada dalam simpanannya dan tidak semua novel-novel tersebut mengisahkan tentang percintaan sahaja.

"Salah satu yang menarik apabila membaca novel ialah terdapat unsur pengajaran yang positif, bagus untuk kehidupan seharian saya dan saya tidak terlalu tertumpu membaca novel bercorak percintaan sahaja, tetapi ada juga yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga.

"Antara novel yang saya paling suka ialah Bicara Hati penulis Damya Hana, malah saya juga dapat membezakan corak penulisan penulis-penulis tempatan yang ada di negara ini.

"Lagi satu sebab saya suka membaca novel ini ialah ia mampu memberikan saya ketenangan sebelum beraksi dalam mana-mana perlawanan. Setiap kali menyertai kejohanan saya akan pastikan beberapa minit sebelum turun beraksi saya akan membaca novel bagi mendapatkan fokus," kata Adawiyah.

Mengulas mengenai masa depannya dalam sukan hoki Rabiatul Adawiyah memberitahu, tumpuannya kini adalah untuk mengekalkan prestasi bersama skuad kebangsaan selain berharap terpilih pada kejohanan Liga Dunia yang bakal diadakan di Pahang pada September ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.