ARKIB : 26/05/2012
Wawa gadis tulang besi urat dawai
JIKA lapan tahun dahulu, sukan angkat berat bukan acara pilihan yang ingin disertai oleh Sharifah Inani Najwa Syed Anuar. Ini kerana tumpuannya ketika itu lebih kepada sukan silat olahraga.
Menurut Sharifah Inani Najwa yang selesa dengan panggilan Wawa, minat terhadap sukan angkat berat timbul selepas menyertai sukan itu pada 2004 kerana akur dengan pilihan ayahnya Syed Anuar Syed Abdullah.
Hampir setiap pagi bapanya akan menghantar dan mengambil atlet tersebut ke tempat latihan di Rompin, Pahang ketika berusia 14 tahun dan kenangan itu masih terpahat dalam memorinya sehingga kini.
Malah, Sharifah Inani Najwa sendiri tidak pernah menyangka sukan angkat berat yang disertainya kini telah membawanya ke pentas antarabangsa.
Itu adalah sebahagian cerita silam Sharifah Inani Najwa sebelum bergelar atlet angkat berat kebangsaan.
“Sebab utama ayah mahu saya menyertai sukan angkat berat adalah kerana tahu peluang untuk atlet wanita seperti saya meraih sesuatu di pentas antarabangsa cerah.
“Dahulu setiap kali menyertai latihan saya pergi seolah tanpa rela kerana minat saya lebih kepada silat olahraga.
“Ibu saya juga tidak setuju ketika ayah menyuruh saya menyertai sukan ini kerana angkat berat lebih sinonim dengan golongan lelaki," kata Sharifah Inani Najwa.
Rasa sayang terhadap sukan angkat berat timbul selepas dia berupaya meraih pingat pertama iaitu pingat gangsa pada kejohanan sirkit remaja di Kelantan pada 2005.
Sejak kejayaan pertama itu, rasa untuk lebih cemerlang di kejohanan lain mula meluap-luap dalam diri atlet kelahiran Rompin Pahang itu.
Sungguhpun telah hampir lapan tahun bergelumang dalam sukan angkat berat, namun nilai-nilai feminin yang ada dalam diri masih lagi dikekalkan oleh gadis berusia 22 tahun itu.
Sharifah Inani Najwa turut mempunyai minat sama seperti gadis-gadis lain terutama pada kasut yang mampu membuatkannya lebih menarik dan berkeyakinan.
Ketika ini koleksi kasut Sharifah Inani Najwa hampir mencecah 50 pasang yang kebanyakannya adalah kasut jenis tidak bertumit tinggi.
“Minat mengumpul koleksi kasut ini dipengaruhi oleh kawan-kawan ketika saya di Sekolah Sukan Bukit Jalil, pada ketika itu saya berada di tingkatan tiga.
“Saya suka kumpul kasut yang tidak bertumit kerana ia selesa bagi saya. Malah kasut ini membuatkan saya lebih berkeyakinan apabila keluar bersiar-siar. Semua kasut ini saya beli tanpa mengira jenama janji ia nampak cantik ketika saya memakainya," katanya ramah.
Sementara itu, ditanya mengenai sasaran utama Sharifah Inani Najwa pada tahun ini dalam sukan angkat berat, atlet tersebut memberitahu: “Saya ketika ini berharap agar terpilih beraksi dalam Sukan Olimpik 2012 di London nanti.
“Saya tahu ada ramai lagi atlet wanita yang hebat, namun sekiranya terpilih saya akan memanfaatkannya dengan baik, malah saya juga berharap dapat terpilih dalam Sukan SEA 2013."
Sihat, ceria resipi kejayaan Sazali
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











