VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 19/01/2014

Kalau tak mahu mengandung, jangan kahwin!

BRO tabik kepada seorang artis wanita yang mengandung dalam usia 42 tahun. Baguslah, selagi ada rezeki dan boleh mengandung apa salahnya menambah zuriat.

Yang Bro tak faham ni ada pula dalam kalangan perempuan yang dah berkahwin tak mahu mengandung. Macam-macam alasan yang diberikan antaranya sibuk dengan kerjaya dan ada pula sebab sudah ada anak melalui perkahwinan terdahulu maka dalam perkahwinan terbaru tak mahu anak lagi.

Dia tak apalah, tetapi bagaimana kalau dia kahwin dengan lelaki bujang, sudah tentulah lelaki tu mahu zuriat wujud di bumi Allah ini.

Sepatutnya sikap tidak mahu mengandung tidak harus ada kepada mana-mana wanita sebab memang menjadi tanggungjawab mereka untuk melahirkan anak.

Kalau tak mahu anak baik jangan berkahwin, tak kanlah berkahwin sekadar hendak memenuhi tuntutan batin dengan lelaki yang mereka cintai sahaja.

Anak adalah anugerah Allah dan setiap anak itu sudah ditentukan rezekinya. Jadi tak payahlah takut untuk mengandung dengan memberi seribu satu alasan.

Apa yang Bro hairan ada pula perempuan yang belum berkahwin, terlanjur dengan kekasih mereka sehingga mengandung, bila anak tu keluar mereka campak merata-rata tempat.

Masa nak berseronok tak fikir pula kesannya tetapi bila dah terlanjur baru nak kelam-kabut. Kesudahannya yang menjadi mangsa adalah anak yang tidak berdosa.

Satu lagi Bro nak ingatkan perempuan yang baru berkahwin tak payah nak merancang bila nak mengandung, kalau dah diberikan rezeki untuk mengandung terima sahajalah.

Ini tidak, ada antara mereka siap bagi tempoh lagi bila paling sesuai nak mengandung. Bro nak tanya, mereka tahu ke apa nak terjadi pada masa depan? Bagaimana kalau selepas itu tidak dapat anak, dah pasti menyesal seumur hidup.

Bro membangkitkan soal mengandung dalam ruangan ini kerana Bro dah bosan baca dan dengar kisah sesetengah perempuan yang dilihat keberatan untuk mengandung.

Sepatutnya mereka bersyukur kerana ada keupayaan dan diberikan anugerah oleh Allah SWT untuk melahirkan anak. Cuba mereka tanya perempuan yang teringin anak tetapi sampai sekarang tidak dianugerahkan zuriat tersebut.

Sebab itulah, Bro katakan kalau tak mahu mengandung jangan berkahwin. Dulu ada seorang ustaz pesan kepada kawan Bro, "kalau hang tak mahu beranak (mengandung) tok sah (tak payah) jadi perempuan.''

Memanglah bukan kita tentukan nak jadi perempuan atau lelaki tetapi apa yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut ialah terimalah fitrah yang ditentukan oleh Allah SWT.

Bagi Bro, perempuan yang tak mahu anak kerana terlalu mahu mengejar soal-soal duniawi ni adalah kelompok perempuan yang tidak ada sifat keibuan.

Kalau dia ada sifat tersebut, selagi dia boleh mengandung, dia akan mengandung, ini tidak kerana nak jaga karier punya fasal, tak dapat anak pun tak apa.

Itu belum cakap lagi bagaimana ada perempuan yang terlalu hendak jaga badan sehingga tak mahu beranak. Dan atas alasan yang sama, nak memenuhi tuntutan batin suami pun siap ada hari-hari tertentu.

Bro bukanlah nak suruh si isteri melayan batin suaminya 24 jam tetapi cukuplah sekadar apabila suami memerlukan si isteri 'bersedia berkhidmat'.

Bagi Bro, perangai pelik-pelik seperti nak jaga badan ni tidak ada faedahnya. Sebaliknya hanya akan menyebabkan sesebuah rumah tangga menjadi muram dan silap hari bulan boleh bercerai berai.

Oleh itu, Bro nak nasihatkan kepada semua perempuan selagi boleh mengandung dan melahirkan anak, maka laksanakan tanggungjawab tersebut, tak rugi apa-apa pun.

Kita bukannya akan muda sentiasa, apabila sampai masanya kita akan menjadi warga emas. Pakailah mekap setebal mana pun tetapi ingatlah kulit tetap akan kedut apabila diri sudah dimamah usia.

Jadi jangan pula menyesal, bila dah tua baru teringin nak mengandung, masa tu dah terlambat.

Cubalah tanya perempuan-perempuan mengandung memanglah rasa perit sikit sebab sembilan bulan terpaksa membawa anak dalam kandungan tetapi mereka gembira kerana anak itu lambang kasih sayang dan cinta mereka dengan orang yang mereka cintai.

Kehadiran anak tidak kira yang ke berapa pun tetap akan menceriakan sebuah rumah tangga. Insya-Allah, mereka inilah yang akan membela nasib kita apabila kita tua kelak.

Jadi kepada perempuan-perempuan yang masih tidak sedar diri tak mahu mengandung kerana dok fikir nak utamakan soal karier serta bentuk badan, insaflah sebelum terlambat.- JUMPA LAGI!

- Bro Tompok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.