VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Ogos 2014 / 28 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 23/06/2013

AS dikecam ceroboh melalui Internet dan telefon

Tunjuk perasaan besar-besaran sebagai menyokong pendedahan Edward Swanden mengenai pencerobohan AS.

DASAR luar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang membenarkan pengintipan ke atas pemilik akaun media sosial, telefon dan e-mel dikecam dan dianggap menceroboh ruang peribadi individu. Tambahan pula pengintipan itu bukan sahaja kepada warga AS malah terhadap siapa sahaja di negara lain yang disyaki menggugat keselamatan AS.

Modus operandi pengintipan adalah merakamkan data interaksi secara sulit oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Agensi Keselamatan Negara (NSA). Tujuannya sebagai langkah awal mengekang dan mengenalpasti pengganas yang merbahayakan AS.

Ini merupakan tindakan preimtif pasca serangan 11 September 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Bagaimanapun ini program pengintipan itu berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehinggalah didedahkan oleh bekas perisik CIA, Edward Snowden yang berkerja dengan Booz Allen Hamilton, sebuah agensi yang ditugaskan mengumpul data hasil intipan dari seluruh dunia baru-baru ini.

Tindakan mengintip yang disifatkan sebagai menceroboh ruang peribadi tanpa waran yang sah memberikan tamparan hebat terhadap rejim Obama. Pada masa yang sama dunia mempersoalkan tindakan AS yang dilabelkan sebagai "polis dunia" kerana menceroboh ruang peribadi warga negara lain yang dilindungi oleh undang-undang negara masing-masing.

Dalam kata lain, kita tidak terkecuali dijadikan mangsa intipan AS menerusi akaun media sosial, e-mel atau perbualan di telefon. Maknanya sebarang interaksi menerusi maya sudah tidak selamat kerana boleh diceroboh oleh pengintip AS. Malah agensi yang berkaitan keselamatan di negara ini seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pergerakan politik dan sosial sudah terdedah kepada pencerobohan yang direstui oleh Obama.

Maklumat-maklumat yang dikelaskan sebagai rahsia juga belum tentu selamat sekiranya CIA dan NSA mengesyaki sesuatu yang boleh memberi kesan kepada AS.

Pencerobohan di ruang maya ternyata lebih bahaya berbanding pencerobohan secara fizikal seperti yang dilakukan di Afghanistan, Iraq dan beberapa negara lain pada pasca 11 September 2001. Hal ini menjadi lebih rumit apabila pemilik enjin carian seperti Google, Facebook dan Microsoft menjalinkan kerjasama secara sulit dengan CIA dan NSA.

Pendedahan yang disiarkan oleh akhbar The Guardian dan The Washington Post menggegarkan pentadbiran Obama. Kemudian kontroversi ini dilanjutkan oleh majalah berpengaruh seperti The Economist, Newsweek dan Time dengan memberikan laporan yang lebih mendalam mengenai pendedahan tersebut. Majalah berkenaan menjadikan pendedahan tersebut sebagai cerita muka depan yang tentunya menjadi tarikan kepada pembaca di seluruh dunia.

Perbuatan Obama dengan persetujuan Ahli Kongres yang selama ini dijalankan secara rahsia mendedahkan ketakutan AS selepas banyak menceroboh negara lain yang merdeka. AS sengaja mewujudkan ketakutan dunia kepada pelampau Islam untuk mewajarkan mereka menceroboh ruang peribadi rakyat di negara lain.

Sebelum ini AS menjadi model negara yang memperjuangkan kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan memberi jaminan melindungi ruang peribadi menerusi Perlembagaan. Ironinya kini AS sendiri yang menjalankan program sulit menceroboh ruang peribadi individu.

Prinsip

Edward Snowden yang menjadi individu paling dikehendaki oleh CIA kini melarikan diri ke Hong Kong selepas diberi perlindungan oleh China. Anak muda berusia 29 tahun ini berpaling tadah kerana tindakan Obama bertentangan dengan prinsipnya. Keselamatannya terancam kerana pihak AS mahu mendakwa dia sebagai "pembelot" mendedahkan "rahsia negara".

Walaupun sebelum ini dasar luar AS memang terkenal dengan menceroboh dan mencampuri hal ehwal negara lain, pencerobohan secara maya pada era digital dilihat sangat tidak bertanggungjawab. AS sudah dikenali sebagai penceroboh apabila tercetusnya perang Vietnam pada awal 1970-an, kemudian Perang Teluk terhadap Iraq pada awal tahun 1990-an, menyerang Afghanistan dan Iraq sebagai tindak balas terhadap serangan pada 11 September 2001.

Pencerobohan begini boleh dianggap terhad kepada negara tertentu di mana AS mempunyai kepentingan seperti hasil bumi atau politik. Tetapi mengintip siapa sahaja di seluruh dunia yang disyaki mempunyai hubungan dengan pengganas adalah menafikan ruang peribadi yang sewajarnya dilindungi oleh undang-undang di negara masing-masing.

Kalau semasa perang dingin antara AS dan Rusia pada era Kesatuan Soviet dulu, kita hanya menyaksikan filem James Bond menerusi agen bernombor 007 mengintip pergerakan pemimpin Rusia. Kini musuh AS bukan sahaja Rusia tetapi seluruh dunia kecuali Israel. Tindakan melampau AS kini tidak dapat diselindung lagi dan manusia di seluruh dunia tidak terlepas daripada menjadi mangsa intipan AS.

Obama dipersoalkan kerana dia sendiri melanggar perkara-perkara yang dilindungi oleh Perlembagaan AS seperti memastikan ruang peribadi setiap warganya dilindungi dari diceroboh. Dalam konteks masa kini ruang peribadi adalah ruang maya dan bukan lagi berbentuk fizikal. Maka tindakan menyelinap masuk dalam akuan peribadi tanpa sebarang waran adalah menceroboh.

Lebih memeranjatkan lagi apabila pemilik Google, Facebook dan Microsoft menjalin kerjasama sulit dengan NSA untuk membolehkan semua akaun media sosial dan e-mel diintip. Pendedahan ini memberikan kesan besar kepada ketiga-tiga entiti berkenaan sekaligus menjejaskan kebolehpercayaan untuk melindungi rahsia pemilik akaunnya.

Sebenarnya AS sudah lama menjalankan pengintipan untuk melindungi negara itu daripada pengganas yang diciptakan sendiri apabila AS dengan mudah menyerang negara lain. Misalnya tiga tahun lalu, seorang perisik yang ditempatkan di Iraq, Bradley Manning telah mendedahkan dokumen-dokumen sulit mengenai pengintipan pihak AS.

Kepada majalah Time, Bradley Manning berkata, "Saya mahu rakyat mendapat maklumat sebenar. Tanpa maklumat sebenar, rakyat tidak dapat membuat keputusan yang sewajarnya." Baginya rakyat mesti tahu perkara yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan mereka.

Obama juga wajar dipersoalkan apabila memusatkan tumpuan kepada pengintipan untuk memastikan kelangsungan rejimnya. Pada masa yang sama eksekutif, legislatif dan judisiari juga dipersoalkan apabila merestui tindakan Obama.

Adakah ini merupakan pelan jangka panjang atau dasar domestik skala besar yang tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan? Di manakah kewajarannya apabila Obama membelanjakan berbilion dolar untuk mewujudkan rangkaian pengintipan dan menggunakan sebahagian peruntukkan program sosial? Para pemerhati politik menganggap ini tidak wajar apa lagi Obama menggunakan belanja untuk membina modal insan menerusi program sosial bagi tujuan pengintipan dan menceroboh ruang peribadi warga di seluruh dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.