VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 11/04/2013

ISU-ISU AKHBAR CINA

Perjuangan Kit Siang, strategi DAP
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 9 April 2013 melalui ruangan ‘Sudut Pendapat’ memaparkan tulisan penulis dikenali sebagai Lim Fang berkenaan strategi pilihan raya yang kerap berubah.

Awalnya, Lim Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak. Pemimpin pembangkang ini boleh membawa semangat dan mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Tetapi sikap salah satu daripada komponen pakatan iaitu Pas pula seperti menunggu habuan, eperti tidak yakin untuk melaungkannya dan hanya mahu memperkukuhkan parti sendiri.

Selang dua hari Anwar dengan lantang mahu bertanding di Perak, tiba-tiba semasa dalam ceramah politik di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri akur dengan sokongan pengundi di Permatang Pauh dan tidak mahu keluar bertanding di tempat lain.

Sikap ‘mengalah sebelum bertanding’ itu menyebabkan Kit Siang berasa sedih tidak terkata. Pada pukul 12 tengah malam hari yang sama semasa memberi ceramah politik di Batu Pahat, beliau berteriak di hadapan pengunjung - “Biarlah kalah, biarlah mati!" Adakah setelah Anwar membelakangi Kit Siang, masing-masing ada penjelasan tersendiri?

Lazimnya Kit Siang menggunakan taktik simpati awam untuk mendapatkan sokongan pengundi sepanjang kerjaya politiknya dan tidak pernah menggunakan taktik “kalah dan mati" sebagai ungkapan dalam musim pilihan raya umum.

Penganalisis pakatan pembangkang menganggap emosi Kit Siang sedemikian mungkin kerana pengumuman Anwar tidak bertanding di Perak memeranjatkannya. Dengan semangat tinggi beliau bertanding di Johor, pengunduran Anwar seperti mengangkat kaki merosakkan strategi pakatan pembangkang, meninggalkan Kit Siang berjuang berseorangan.

Kali ini Anwar telah merosakkan strategi dan UMNO mengejek beliau kerana meninggalkan kawasan pengundi sendiri. Anwar terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh kerana beliau menjangkakan mungkin kalah jika berdepan dengan calon UMNO yang begitu hebat.

Cara Anwar berdolak-dalik dalam hal ini menampakkan beliau kurang matang dan kurang terperinci dalam memimpin pasukan sehingga dipersenda akibat perbuatan sendiri.

Menteri Besar Johor dilaporkan mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Kit Siang. Apabila Kit Siang mendengar berita ini beliau lebih berasa gusar, kerana itu beliau dengan sedih berkata: “biarlah kalah!, biarlah mati!"

Jika benar Menteri Besar bertanding di Gelang Patah, ia akan merekod satu sejarah UMNO berani bertanding di kawasan majoriti kaum Cina. Menteri Besar itu diramalkan sekurang-kurangnya akan mendapat sokongan lebih 40 peratus kaum Cina dan sokongan lebih 80 peratus orang Melayu.

Ramalan dan andaian ini, Kit Siang anggap satu perkara yang benar, menyatakan di Gelang Patah seperti buku bertemu ruas dan DAP tidak perlu memikul beban selama ini dituduh ‘orang Cina tadbir orang Cina’.

Apabila DAP berdepan dengan UMNO mungkin akan timbul kalah mati, Malaysian Malaysia yang dilaungkan DAP pula akan menunjukkan DAP adalah parti politik rasis.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyeru rakyat menamatkan riwayat Kit Siang, supaya Gelang Patah menjadi kuburnya.

Cabar mencabar pihak lawan itu adalah permainan Kit Siang dan Lim Guan Eng. Guan Eng mencabar Teng Chang Yeow dengan tema ‘pahlawan menentang pahlawan’.

Langkah-langkah seperti ini agak kurang berlaku dalam kalangan orang Melayu kerana orang yang lantang bersuara tidak semestinya boleh menang.

Dalam keadaan Datuk Seri Najib Tun Razak menyusun calon-calon boleh menang, MCA dan masyarakat Cina terpaksa melepaskan dan meminjamkan kawasan kepada komponen yang lain.

Yang penting memperoleh kemenangan, tidak kira apa strategi yang digunakan. Tidak kira sama ada MCA dihina sehingga parti itu kehilangan kewibawaan, ini semua kerana sikap pasif MCA sendiri yang menganggap diri mereka kurang upaya.

Jika BN masih memerintah dalam keadaan MCA masih tidak dapat ‘berkuasa’ dan pakatan pembangkang pula tidak dapat melangkah ke Putrajaya, pastinya ‘UBAH’ yang dilaungkan DAP akan tenggelam dan terpaksa masuk ke dalam komponen BN. Yang jadi pembangkang sebelum ini akan mengambil alih kedudukan MCA.

Walaupun DAP sering menghentam BN, dalam agenda dan manifesto, mereka tidak berani dan tidak pernah mempermainkan UMNO. Bukankah ini untuk memberi ruang DAP berbaik dengan UMNO dan sebagai tempat DAP bersandar pada masa akan datang?

Biar pengundi pilih sendiri

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April 2013 dalam ruangan Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Chang Kim Hao berkenaan pilihan di tangan pengundi.

Ramai muda-mudi yang bekerja di luar sana terutama sekali pelajar dan pekerja di luar negara, baru-baru ini menerima pelbagai mesej daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengharapkan semua pulang untuk menjalankan kewajipan, kembali ke kampung halaman mengundi dan memilih sebuah kerajaan baharu.

Setiap maklumat khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel serta di laman sosial yang diterima begitu mesra. Semuanya seperti merayu. Setiap mesej menceritakan bahawa rakyat Malaysia hidup begitu daif dan miskin, menceritakan isu Lynas dan isu radiasi, menceritakan dan melaungkan rakyat itu seperti ayam belanda. Akhirnya setiap mesej yang sampai nadanya semua sama; dengan sebutan “UBAH kerajaan adalah tanggungjawab anda".

Sebenarnya maklumat yang disampaikan itu adalah palsu dan tidak benar, terutama sekali dari segi fakta ekonomi, memang tidak boleh dipegang.

Contohnya email yang diterima berbunyi: “Malaysia adalah negara paling miskin hanya berada di tangga depan Burma sahaja"; satu contoh lagi, “anak-anak yang belajar di Taiwan, cubalah kamu semua sedar, jangan diperbodohkan oleh Hou Kok Chung si Bookworm itu", yang menghentam peribadi seseorang.

Cuba kita sendiri lihat, di zaman teknologi begitu canggih hari ini, rakyat Malaysia sendiri mungkin tidak nampak.

Yang pertama, rakyat mahu mengundi tidak perlu diajarkan, siapa yang akan diundi hanya Tuhan dan diri sendiri yang tahu. Kedua, bukan semua pengundi itu bodoh, berita semasa ada banyak yang boleh difahami, jika ia maklumat palsu akhirnya akan terbongkar juga.

Ketiga, jangan letakkan semangat anda yang tinggi itu di atas bahu orang lain, siapa yang pengundi mahu diberikan undi itu, hanya pengundi sendiri yang tahu membezakannya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.