VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 07/03/2013

ISU-ISU AKHBAR CINA

PAS BOS DAP DI JOHOR?
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 2 Mac 2013 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkaitan perebutan barisan hadapan di Johor.

DAP meletakkan Johor sebagai negeri baris hadapan untuk ditawan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pada masa sama, Pas pula dijangka tidak perlu berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun DAP untuk melantik Naib Presiden mereka sendiri, Salahudin Ayub sebagai bakal calon Menteri Besar Johor. Apabila memerintah Johor, pastinya mereka akan laksanakan hukum hudud.

Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). DAP akan memperolehi paling banyak hanya antara 12 hingga 15 kerusi, sebab itu jika Johor ubah kerajaan sekalipun, pastinya DAP sebagai orang nombor dua seperti di Selangor. Yang menerajui kerajaan negeri (Johor) tetap bukan DAP, apa yang DAP peroleh hanya bahagian dan jawatan, Pas tetap sebagai bos mereka.

Cuba kita lihat prestasi Exco DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum memegang sebarang jawatan, setiap hari mereka ada benda yang mahu diceritakan seperti semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah.

Tetapi sekarang ini suara mereka semakin sedikit kerana tahu mereka bukan orang yang membuat keputusan. Sebab itu apa yang mereka cakap tidak ada gunanya, banyak keputusan tidak sampai kepada giliran mereka, selebihnya mereka hanya mengiringi Menteri Besar menghadiri sidang media, selepas itu berdiri di tepi dan menganggukkan kepala sambil memberikan senyuman.

Pengundi-pengundi di Johor lebih memahami, kemenangan DAP hanya akan melemahkan MCA dan wakil-wakil kaum Cina dalam kerajaan negeri. Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Johor menghadapi lebih ramai ADUN DAP, akhirnya nanti seperti pilihan raya negeri 2011 di Sarawak, parti kaum Cina SUPP hanya tinggal dua kerusi DUN. Sebanyak 71 kerusi DUN (Sarawak) hanya ada dua wakil kaum Cina (dalam kerajaan negeri), pasti orang Cina di Johor tidak mahu lihat perkara seumpama itu berlaku di negeri mereka.

Kemenangan DAP di Johor tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk orang Cina di sana, sebaliknya Pas akan dapat mengembangkan sayapnya di Johor untuk membuka peluang serta jalan pengislaman Pas di negeri itu dan akan tercapai hasrat mereka laksanakan undang-undang hudud dan negara teokratik.

DAP memberi masyarakat Cina Johor harapan palsu kerana keputusan terakhir bukan dibuat oleh DAP. Seperti juga di Kedah, berlaku pelbagai isu yang menjejaskan masyarakat Cina dan bukan Islam, ini perlu dihalang oleh masyarakat Cina Johor.

Menyokong DAP pada hakikatnya perkukuhkan kekuatan Pas. Jika sebuah parti yang berkonsepkan keagamaan dapat masuk ke Johor, pasti akan menjejaskan pelbagai industri dan pekerjaan di negeri itu.

Seterusnya, pelabur asing akan angkat kaki dan industri pelancongan akan terjejas apabila undang-undang itu dikuatkuasakan. Pastinya perkembangan ekonomi negeri Johor akan terjejas dan akan menjejaskan rakyat Johor juga.

Pengundi Cina di Johor perlu berwaspada, tiket undi yang ada di tangan mereka bukan sahaja menentukan nasib MCA dan BN, ia akan menentukan masa depan dan perkembangan ekonomi Johor, seterusnya ekonomi negara. Apa sahaja kesilapan akan menjejaskan anak cucu kita kelak yang tidak boleh ditampung lagi.

‘PERASAAN INDAH’ PENENTU KEMENANGAN

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Februari 2013 pula memaparkan tulisan Timbalan Pengarang akhbar tersebut, Lim Swee Guan dalam Sudut Pendapat berkenaan sokongan kepada BN yang menurun.

Soal selidik sebelum PRU diadakan sebenarnya umpama pencuci mulut kerana masing-masing ada kegemaran tersendiri.

Institut ASLI telah membuat analisis di bawah tiket kembalinya undi dalam kalangan orang Melayu di desa dan kaum India, dijangka BN sekali lagi dapat memerintah, tetapi soal selidik dari agensi Merdeka pula menunjukkan sokongan terhadap Najib telah menurun.

Jika kajian ASLI itu tepat, di mana pengundi kawasan kampung dalam kalangan orang Melayu telah kembali kepada BN, memang dengan pasti BN akan sekali lagi menang kerana pengundi Melayu yang mampu mempengaruhi semua keputusan undi untuk menang.

Jika mengikut soal selidik PRU yang lepas, sebanyak 127 kerusi Parlimen dikuasai oleh orang Melayu dan pribumi, 43 kawasan lagi majoritinya kaum Cina. Jika pengundi Melayu yang kembali hanya lima hingga 10 peratus, sudah tentu sebanyak 127 kerusi ini akan menjadi milik BN, ini tidak termasuk kawasan ramai bilangan pengundi Melayu dan kawasan campuran.

Kembali kepada sokongan terhadap Najib dikatakan telah menurun, pada hakikatnya jika dapat bangun dan memanjat ke atas dari lembah yang begitu dalam, itu adalah mustahil bagi Najib.

Selepas Najib memegang jawatan pada April 2009, sokongan kepadanya hanya 42 peratus atas pelbagai faktor. Selepas itu Najib mengemukakan konsep 1Malaysia, buka sektor ekonomi dan buka kuota 30 peratus bumiputera dalam masa tempoh 100 hari memerintah - sokongan kepadanya meningkat ke 65 peratus.

Tetapi apabila berlaku kes Teoh Beng Hock pada September, sokongan kepada Najib menurun kepada 56 peratus, sebab itu pada pilihan raya kecil pakatan pembangkang yang menang.

Pada 16 September 2009, kerajaan menubuhkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), supaya dapat mengawasi dan melaksanakan projek serta perubahan ekonomi di sektor kerajaan.

Dengan bergaya membuat perubahan, sebab itu selepas Najib memegang jawatan selama satu tahun, sokongan kepadanya meningkat kepada 68 peratus. Apabila berlaku pilihan raya kecil, keputusan telah memihak kepada BN.

Kita boleh mengumpamakan peningkatan sokongan pengundi terhadap BN semuanya atas usaha Najib sendiri. Beliau telah melaksanakan pelbagai projek, projek kebajikan untuk rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (B1RM), hulurkan wang bantuan, ubah serta perbaiki jalan raya dan lalu lintas dan lain-lain lagi.

Beliau juga tidak penat menjelajah ke seluruh negara, memakai baju hari perayaan Cina, beliau juga telah mengubah pandangan orang terhadap BN.

Tetapi, pelbagai isu tetap mengelilingi dan menyelubungi BN termasuk kes-kes rasuah, sebab itu sokongan terhadap Najib menurun pada November kepada 65 peratus, 63 peratus pada Disember dan pada Februari lalu turun kepada 61 peratus. Kami pasti ia ada kaitannya dengan masalah kehidupan seharian rakyat.

Mengikut soal selidik yang dijalankan, sebanyak 64 peratus dalam kalangan pengundi menganggap duit pencarian yang mereka perolehi tidak mencukupi.

Berkaitan soal selidik dari segi isu dan masalah besar yang dihadapi rakyat, 32 peratus yang disoal selidik tidak berpuas hati terhadap masalah ekonomi mereka, sementara itu 16 peratus berkisar kepada isu masalah jenayah dan sosial.

Sebab itu, jika tidak dapat merasakan bahawa pertumbuhan ekonomi memang benar-benar berlaku, penambahbaikan dan rasa lebih selamat, mungkin ini akan mempengaruhi keadaan dan perasaan rakyat. Jika mahu pastikan pilihan raya boleh menang, BN perlu mencipta lebih banyak “perasaan-perasaan yang indah".

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.