VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 03/02/2013

Superman itu Yahudi

TIDAK berapa lama dulu seorang penyanyi kita dengan bangga mengisytiharkan dia sebagai peminat Superman. Siti tak pasti dia minat komik atau filem Superman. Tapi kedua-duanya sama. Superman bukan Suparman. Sampai baju T yang dia pakai pun tertera huruf S menandakan Superman. Mungkin dia pun perasan jadi Superman di atas pentas.

Siti tak salahkan penyanyi berkenaan. Bukan dia saja yang menjadi pengagum, tidak kiralah sama ada komik atau filem. Kalau ditanya kepada semua kanak-kanak, watak Superman telah masuk ke dalam jiwa mereka. Siti pasti banyak yang tak ambil endah tentang Superman.

Setiap kali keluar sequel baru, filem Superman tidak pernah menghadapi masalah atau kontroversi. Semuanya berjalan lancar. Tak ada siapa yang merungut atau bimbang dengan Superman.

Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) tak risau langsung dengan filem Superman. LPF lebih risau kalau televisyen tempatan yang memberi taraf pejuang kepada pemberontak Syria. Entah apa-apalah LPF ini. Maka stesen televisyen pun dilarang memburukkan pemimpin seburuk Bashar. Bukan Siti sahaja yang tak faham dengan LPF, orang lain pun sama juga.

Kalau LPF nak tahu orang Yahudi ini work smart. Mereka menggunakan "gula-gula" untuk melemahkan bangsa lain dan mengangkat bangsa mereka. Daripada apa yang Siti baca, Yahudi menggunakan budaya popular. Filem, muzik atau komik itu budaya popular.

Sebab itu janganlah terkejut kalau Siti katakan dakyah Yahudi sudah banyak meresap dalam jiwa sebahagian besar orang kita. Apabila kita menganggap Superman hebat, itu maknanya kita menjulang Yahudi.

Sebenarnya watak Superman ciptaan Jerry Siegel dan Joseph Shuster tahun 1938 adalah untuk menaikkan imej bangsa Yahudi. Malah istilah 'Kal-El' dalam komik Superman bermakna 'Tuhan' dalam bahasa Hebrew iaitu bahasa orang Yahudi.

Seperti yang Siti kata tadi, disebabkan tidak tahu maka banyaklah yang memuja Yahudi termasuk kalangan orang Islam. Yahudi mempunyai kelebihan apabila mereka menguasai budaya popular dan media, seterusnya menguasai dunia.

Siti ada baca buku The Jewish Contribution to the 20th Century. Buku ini turut senaraikan kedua-dua pencipta Superman antara 100 tokoh penting Yahudi. Apakah maknanya semua itu kalau bukan Superman satu agenda Yahudi dan menyumbang kepada bangsa Yahudi?

Di Hollywood, yang membuat filem hebat adalah Yahudi, yang buat filem sampah pun Yahudi juga. Filem hebat untuk menguasai pemikiran kelompok penonton yang hebat. Filem sampah pula bukan sebarang sampah, ini sampah untuk menguasai penonton yang berselera sampah. Hebat tak Yahudi?

Dengan menguasai budaya popular, mereka boleh membina empayar di Hollywood. Pengarah hebat adalah Yahudi, pemilik studio terhebat juga Yahudi. Filem kita pula ada yang ikut cara mereka, lagi sukalah sebab kita yang memanjangkan pemikiran Yahudi kepada bangsa sendiri.

Orang filem kita sejak dulu sampai sekarang asyik cakap pasal untung...untung...untung. Apa yang untung Siti pun tak tahu. Tapi banyak dalam kalangan mereka tidak menggunakan filem untuk menangkis imperialisme Yahudi. Yang untung hanya tauke filem.

Siti nak tauke dan pengarah filem kita sedar bahawa filem itu media yang sangat hebat. Pada era ini tidak ada media sehebat filem. Mereka kenalah faham, hanya orang yang menguasai budaya popular dan media sahaja boleh menentukan agenda pemikiran dunia. Sesekali apa salahnya kalau orang kita berfikir macam Yahudi dalam menentukan agenda pemikiran kita. Filem kita membiarkan agendanya ditentukan oleh orang lain.

Dengan Superman Yahudi berjaya menembuskan imejnya dalam masyarakat yang anti Yahudi di seluruh dunia. Imej Superman sangat hebat. Itulah yang nak disampaikan oleh Yahudi kepada manusia sejagat.

SITI JARUM: Jumpa banyak "Suparman" di Jakarta ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.