VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 26/01/2013

Mengeksport kehebatan Malaysia

Tahun 2014 diisytiharkan Tahun Melawat Malaysia. Pelbagai program sudah dan sedang disusun rapi bagi menantikan kedatangan pelancong. Pelancongan antara sektor yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Malahan, sektor ini juga memberi impak besar terhadap peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kelebihan. Bermula dengan hutan-hutan belantara yang masih tidak diterokai, kaya dengan flora dan fauna, pulau-pulau yang cantik dan menakjubkan sehinggalah bangunan pencakar langit selari dengan pembangunan pesat di negara ini. Tidak terkecuali, rakyatnya yang berbilang kaum dengan pelbagai budaya, adat resam serta pelbagai jenis makanan membuatkan pelancong berasa sesuatu yang amat unik boleh diperoleh di Malaysia.

Yang menariknya, Malaysia masih mampu mengekalkan kesan-kesan sejarah dan alam semulajadi meskipun pembangunan pesat boleh dilihat di sekelilingnya. Tidak mustahil sasaran kedatangan 36 juta pelancong ke Malaysia pada tahun 2020 mampu dicapai dengan mengambil kira kelebihan-kelebihan ini.

Bagi sesiapa yang pernah melancong ke luar negara, pastinya berasa bersyukur dengan segala nikmat yang diperoleh di Malaysia. Aspek-aspek ini sewajarnya dieksport ke luar negara. Sebagaimana kita boleh lihat bagaimana Korea Selatan telah dan sedang mengeksport produk-produknya ke seluruh dunia.

Dari produk-produk barangan elektrik seperti Samsung, kenderaan seperti Kia dan Hyundai sehinggakan produk-produk seni seperti filem dan drama seperti Winter Sonata dan lagu seperti Gangnam Style dan k-pop menjadi ikutan seluruh warga dunia. Mana pernah berlaku dalam sejarah dunia Barat menyanjungi lagu-lagu Asia tetapi fenomena Gangnam Style menyaksikan penerimaan dunia Barat ke atas produk Asia.

Tidak cukup dengan itu, Korea Selatan berjaya mengeksport bahasanya ke seluruh dunia. Ramai yang berminat untuk belajar bahasa Korea seolah-olah bahasa negara itu menjadi bahasa utama di dunia.

Bahasa Korea juga mula diminati dan dipelajari oleh orang Barat. Selama ini mereka berasakan bahasa Inggeris terlalu hebat dan mereka sahaja yang berwibawa untuk mengeluarkan produk-produk yang dikatakan cukup hebat dan berkualiti tinggi. Dengan penerimaan produk-produk Asia, ia memberi seribu satu makna bahawa Barat tidak boleh lagi memandang rendah ke atas negara-negara Asia.

Ketika negara-negara Barat semakin memandang tinggi ke atas negara-negara Asia, malangnya di Malaysia ada segelintir rakyat yang bersikap sebaliknya dengan terlalu mendambakan Barat. Ideologi liberalisme dan pluralisme menandakan betapa mereka ini tidak mempunyai jati diri.

Lebih teruk lagi, mengamalkannya sebagai sebahagian cara hidup, kononnya inilah cara hidup moden. Maka, natijahnya agenda Barat yang sejak dahulu lagi cuba menjajah Malaysia secara halus semakin mudah. Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi amalan.

Sedangkan Malaysia bertunjangkan agama Islam yang terang-terangan menolak amalan LGBT dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang terlalu taksub dengan LGBT sanggup membuat apa sahaja demi memperluaskan agenda LGBT dalam masyarakat Malaysia.

Dahulu mereka ini bimbang sekiranya masyarakat mengetahui mereka mengamalkan LGBT tetapi kini mereka sudah tidak gentar dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya orang luar. Dibimbangi masyarakat kita menjadi terlalu rosak apabila sanggup menerima amalan LGBT sebagai salah satu cara hidup masyarakat Malaysia.

Itu belum termasuk segelintir golongan yang menyokong penukaran agama terutamanya penukaran agama Islam ke agama lain. Apa yang boleh kita harapkan apabila adanya bukan Islam yang begitu berani secara terang-terangan menghina agama Islam jika kita sendiri alpa dengan kesucian agama Islam.

Sedar atau tidak mereka ini sebenarnya sudah dijajah oleh Barat. Bagi mereka hak asasi manusia mengatasi hak-hak lain termasuklah apa yang dinyatakan dengan jelas dalam agama Islam. Itu belum termasuk kononnya hak-hak asasi manusia dengan mengimport budaya berdemonstrasi sehinggakan terlupa hak-hak orang lain yang inginkan urusan seharian berjalan baik.

Kita mengimport hak bersuara keterlaluan kononnya inilah kebebasan bersuara sehingga menenggelamkan adab sopan santun ketika menyuarakan pendapat. Mungkin mereka ini mengambil kekuatan daripada Arab Spring yang mana tidak ramai cuba memahami kenapakah Arab Spring terjadi.

Seperti biasa, terdapat segelintir golongan yang suka mengimport budaya luar dan fenomena asing yang tidak langsung mencerminkan asal usul masyarakat Malaysia. Tidak salah mengimport budaya luar yang baik, yang salahnya mengimport budaya yang merosakkan masyarakat.

Untuk berjaya, kita tidak perlu menjadi seperti Barat dan kita juga tidak perlu terlalu taksub dengan Korea. Di Malaysia terlalu banyak produk yang cukup berkualiti tinggi. Justeru, apa yang ada di Malaysia terlalu berharga untuk diperjudikan dan sewajarnya diperluaskan ke seantero dunia, barulah negara kita benar-benar dihormati manakala rakyatnya disanjung tinggi oleh rakyat negara lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.