VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 12/12/2012

Formula Calon: 80% muka baru dan 20% muka lama?

BENARKAH itu formulanya? Itu yang saya dengar daripada pihak-pihak tertentu. Jika itu benar, maka dalam PRU-13 ini para pengundi akan mengundi hampir kesemuanya muka baru. BN pastinya akan menjadi parti serba baru.

Jika itu benar, maka ia adalah sesuatu yang cukup menarik.

Benarkah juga, selepas pilihan raya itu, jika BN menang besar, maka 80 peratus (%) juga dalam Kabinet adalah muka-muka baru.

Muka-muka baru bermakna, muka-muka segar, yang segar bugar, yang bersemangat baru.

Kerajaan Malaysia akan menjadi kerajaan yang paling segar dalam sejarah negara. Politik Malaysia juga akan menjadi parti yang direjuvenasikan - dipersegarkan daripada keletihan, kemurungan dan kelelahan.

Tapi benarkah? Bolehkah ia berlaku dan dilakukan. Apakah formula itu boleh dipakai dan diterima pakai?

Apakah angka itu tidak terlalu keterlaluan. Apa akan jadi kepada sistem politik BN, terutamanya UMNO, jika formula itu berlaku?

Apakah para warlords tegar UMNO boleh terima? Dengan formula 40 (baru) - 60 (lama) pun ada yang bikin bising, apatah lagi 80-20.

Warlords atau panglima-panglima atau Little Napoleon UMNO ini, sebenarnya masih mahu menongkat langit. Mereka masih mahu berkuasa. Sudah ada cakap-cakap: "Jika sesiapa yang mengambil tempat aku, aku akan pastikan orang itu juga tersungkur!"

Perhitungan mengenai formula ini cukup kritikal. Ia akan menggoncang sistem dalaman parti.

Tapi bagi rakyat - para pengundi, mereka mahukan perubahan. Satu perubahan yang bersungguh-sungguh. Mereka ingin melihat kesegaran dalam Barisan Nasional (BN).

BN tetap sebuah parti taruhan yang tiada pilihan. Jika mereka benci kepada UMNO sekali pun, mereka masih meletakkan harapan kepada kerajaan semasa yang sedang mentadbir di Putrajaya. Rakyat tiada pilihan. Mereka akan terus memberi undi kepada BN.

Rekod BN selama 55 tahun ini terlalu cemerlang dan harus diteruskan.

Rekod pembangkang di negeri-negeri yang ditawan agak kabur. Jika diberi peluang memerintah Malaysia, maka ia adalah satu perjudian yang amat berbahaya.

Maka, tumpuan masih kepada BN.

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Najib Razak perlu bijak membuat percaturan.

Formula 80-20 atau 40-60?

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.