VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 11/10/2012

Apabila Dr. Haron Din mula bersuara...

TIMBALAN Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku bekas Ahli Parlimen India, Mobashor Jawed Akhbar yang berfahaman liberal.

"Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam. Dia tubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)" kata Dr. Haron lagi.

Reaksi Dr. Haron ini menarik untuk dianalisis. Pertama, ia bukan datang dari Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz, apabila orang bercakap bab Melayu dan nasionalisme, beliau sangat sensitif.

Tetapi Nik Aziz tidak sensitif dengan isu sosialisme yang didukung oleh DAP dan fahaman liberal dan 'pluralis' yang didukung oleh PKR. Sedangkan fahaman liberal cara Barat dan faham 'pluralis' yang menyamakan semua agama sama jauh lebih bahaya.

Apakah diamnya Nik Aziz itu tanda setuju kerana mereka adalah suatu pakatan atau meletakkan pertimbangan politik mengatasi pertimbangan agama atau Nik Aziz terlalu amat percaya bahawa apa saja yang Anwar lakukan adalah betul dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Orang yang mengaji dan belajar semua tahu bahawa fahaman liberal Barat dan 'pluralis' adalah tidak selari dengan tasawwur Islam. Asas berdirinya faham itu adalah sekular. Mustahil Lujnah Penyelidikan Pas tidak pernah membuat kajian dan memberi nasihat kepada Nik Aziz.

Bila Dr. Haron mula bersuara apakah ia dari pandangan ulama atau Majlis Syura Pas. Tentu dalam kalangan ulama lebih maklum bahawa fahaman liberalisme Barat dan faham 'pluralisme' sesuatu yang bahaya bagi perjuangan Islam.

Pas dikatakan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, apakah Pas tidak pernah mengkaji kecenderungan berfikir Anwar Ibrahim terhadap fahaman liberalisme dan pluralismenya, hubungannya dengan teman-teman seangkatannya di Indonesia seperti Nurcholis Majid, Harun Nasution, Ulilabsar dan Jaringan Islam Liberal (JIL).

Apakah Lujnah Penyelidikan Pas tidak pernah mengkaji hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh kepimpinan Yahudi di Amerika seperti Wolfobitz, George Soros dan terlantiknya Anwar sebagai Pengarah Foundation of the Futures yang disokong oleh agensi tertentu di Amerika Syarikat.

Dr. Haron tidak boleh kata: "Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar ada caranya…….

Dalam Kabinet bayangan lalu Anwar dikatakan bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri (minta dijauhkan Allah). Tentunya ia sudah disepakati oleh Pas termasuk dalam kalangan ulama dan Majlis Syuranya.

Kalau itulah pendirian Pas, benarlah kata Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad bahawa perjuangan Pas sudah tersasar.

Apakah kerana kerusi dan kuasa Pas sanggup mengetepikan perjuangan untuk kebenaran dan hak dan sanggup melakukan tahalluf siasi atau pakatan politik dengan kelompok yang beraliran sosialis dan berfahaman liberal dan 'pluralis'.

Kalau reaksi terhadap Anwar dari Dr. Haron itu memperlihatkan rasa prihatinnya terhadap hala tuju perjuangan Anwar menubuhkan sebuah kerajaan dengan melupakan arah perjuangannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu dan tidak sensitif dengan hala tuju perjuangan asal Pas ia sesuatu yang wajar.

Dalam kalangan ulama Pas harus sensitif seperti sensitifnya Dr. Haron berkaitan isu ini. Para ulama Pas harus pergi lebih jauh dari ini kerana Anwar ingin ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan ke manakah hala tuju Malaysia masa depan.

Sama ada ia menjadi sebuah negara campuran sosialis demokratik, Islamik demokratik, atau negara Islam seutuhnya atau campuran liberalisme dan 'pluralisme' cara Barat.

Kalau ini takdirnya terjadi apakah Pas boleh menerima wadah perjuangan sebegini. Pada hemat penulis Islam bakal hancur dan umat Islam bakal terpinggir.

Beberapa tahun kebelakangan ini Anwar banyak membuat kenyataan dan pendirian yang menyinggung perasaan umat Islam.

Apakah ini gambaran kelemahan Anwar dan perancangan Allah yang memperlihatkan wajah sebenar Anwar supaya diketahui oleh pendukung 'mati-rasanya' bahawa Anwar masih kental dengan risalah perjuangan ABIMnya dulu atau sedang mengalami perubahan ke arah yang bertentangan dengan perjuangan ABIM dan Pas itu sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.