ARKIB : 18/08/2012
Skandal terbesar kerajaan China
KISAH hidup keluarga Bo Xilai, pemimpin Parti Komunis China yang berpotensi besar dan penuh karisma sememangnya penuh intrig. Kuasa, kekayaan dan skandal pembunuhan yang melingkari kehidupan Xilai, isteri dan anak lelaki tunggal mereka sudah cukup menjadi rencah yang begitu dramatik sekiranya difilemkan.
Jika sebelum ini mereka di tampuk kuasa, kini segalanya punah. Sisi gelap mereka bermula apabila Xilai, 62, disingkirkan daripada jawatannya. Diikuti dengan isterinya, Gu Kailai, 56, didakwa di mahkamah dengan tuduhan membunuh lelaki warga Britain, Neil Heywood.
Heywood, 41, yang merupakan rakan keluarga tersebut didakwa dibunuh oleh Kailai pada 15 November 2011 di pinggir bandar Chongqing. Pembunuhan itu dipercayai oleh pihak berkuasa sebagai rentetan daripada pertikaian kewangan.
Agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan, Kailai percaya Heywood telah mengancam keselamatan dirinya dan anaknya, Bo Guagua, 24.
Turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama pada hujung Julai lalu ialah seorang pembantu rapat keluarga tersebut, Zhang Xiaojun. Kedua-duanya didakwa secara bersama meracun Heywood.
Kailai dibicarakan di Hefei iaitu di wilayah Anhui di barat China walaupun dia didakwa membunuh Heywood di Chongqing yang terletak di barat daya China.
Xilai tidak dinamakan sebagai suspek dalam kes bunuh itu tetapi disiasat secara berasingan oleh pihak berkuasa parti dan dipercayai akan dihadapkan ke muka pengadilan pada masa akan datang.
Siasatan terhadap keluarga Xilai merupakan skandal terbesar dalam tunggak kepimpinan China yang lazimnya mengamalkan sistem tertutup selama berdekad-dekad lamanya.
Pada mulanya, kematian Heywood dipercayai akibat serangan sakit jantung atau minum arak berlebihan. Malah penyiasat China memberitahu pihak British, Heywood mati akibat keracunan alkohol.
Begitu pun, laporan akhbar Jepun, Asahi Shimbun pada bulan lalu menyatakan, pegawai-pegawai kerajaan yang membaca laporan siasatan awal menyatakan, Kailai menerima wang berjumlah AS$ 6 bilion secara haram dan memindahkannya ke akaun-akaun milik ahli keluarga dan rakan-
rakannya di luar negara.
Laporan itu juga menyebut Kailai didakwa mengaku membunuh Heywood untuk menghalang lelaki itu daripada mendedahkan bahawa dia telah membantu wanita itu menyalurkan wang tersebut ke luar negara.
Berita mengenai dakwaan jenayah tersebut sedikit demi sedikit diketahui oleh dunia luar apabila ketua polis yang berkhidmat di bawah Xilai, Wang Lijun, 52, mengunjungi konsulat Amerika Syarikat (AS) di Chengdu pada Februari lalu untuk mendedahkan cerita sebenar tentang keluarga pemimpin tersebut.
Xilai kemudian dilucutkan daripada jawatan setiausaha parti tersebut dan diletakkan di bawah tahanan rumah atas alasan ‘pelanggaran disiplin yang serius’ sehingga mencetuskan pergolakan terbesar dalam kalangan pemimpin tertinggi sejak Setiausaha Agung parti, Zhao Ziyang, disingkirkan selepas protes 1989 di Dataran Tiananmen.
Sejak Kongres Kebangsaan Penduduk yang diadakan pada Mac lalu, kelibatnya sudah tidak kelihatan di tempat awam.
Kailai pula merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik perempuan kepada seorang jeneral semasa rejim komunis. Semasa Revolusi Budaya 1966-1976, nasib keluarga itu berubah apabila bapanya dipenjara dan Kailai sendiri bekerja sebagai pembantu penyembelih haiwan.
Kailai kemudian beralih karier dengan menjadi seorang peguam. Dia merupakan peguam China pertama yang memenangi kes saman di AS.
Guagua turut dikaitkan dengan spekulasi kekayaan keluarga itu apabila menjadi rakyat China pertama menuntut di Harrow School, England sebelum memasuki universiti terkemuka, Universiti Oxford dan Universiti Harvard.
Rasis hanyalah persepsi keadaan semasa
Adam Adli yang tiada apa-apa istimewanya
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kota Bharu, di mana lagi silapnya?
ISU-ISU AKHBAR CINA
Hina, cabar Raja Berperlembagaan
Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang
Ketandusan pelapis sang juara
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Siri 2: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!
Tiba masa orang Melayu berdikari
Medan Tentera Darat tangani pencerobohan
Naluri anak muda PRU-14?
Aura pemimpin muda di Kedah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan KPM-KPT
Impian Anwar, penganjur demonstrasi jalanan
Ketegasan Zahid ada asas
Ugutan anarki: Bagaimana tindakan PDRM?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









