ARKIB : 06/08/2012
Bubur lambuk jangan jadi bubur lambak
SEMPENA bulan Ramadan, banyak pihak berlumba-lumba memasak bubur lambuk bagi diagihkan kepada orang ramai.
Namun dalam kita melakukan sedekah makanan yang popular sebagai kanji as-syura, ada baiknya ia dimasak dengan ikhlas dan mengutamakan kualiti rasa makanan.
Bukan kita menggalakkan orang tidak puasa semata-mata hendak merasa makanan tersebut semasa dimasak namun produk akhir sepatutnya perlu habis dan sedap dimakan.
Hari ini ada pihak yang memasak bubur lambuk dan mengagihkannya sekadar tangkap muat untuk tujuan bersedekah juadah berbuka.
Sepatutnya bubur lambuk menjadi makanan yang dimasak dengan resipi yang sesuai dengan selera ummah sebagaimana yang dilakukan oleh kariah Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Bukan dicampur dengan pelbagai bahan hingga menghilangkan rasa asli. Agak pelik jika ada bubur lambuk dirampaikan dengan jagung dan daun serai.
Jika bubur lambuk Kampung Baru tidak enak, masakan orang ramai dari luar bandar raya sanggup beratur panjang seolah-olah hendak membeli tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia. Kelazatan bubur lambuk Kampung Baru menunjukkan ia dimasak dengan ikhlas untuk memberi umat Islam makanan menunaikan iftar.
Keikhlasan hati jemaah Masjid Jamek Kampung Baru memasak hidangan berbuka puasa tersebut perlu dicontohi oleh mana-mana pihak yang mahu menyumbangkan bubur lambuk pada orang ramai.
Namun hari ini, berbagai pihak mengagihkan bubur lambuk semata-mata hendak mencari nama dan mengundang kejian orang yang menerima bubur lambuk kerana ia dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga.
Jika bubur lambuk tidak dimakan kerana terlebih pedas dan tawar maka ia menjadi makanan yang membazir kerana terpaksa dibuang. Malahan nama penyumbang bubur tersebut terjejas hanya kerana memberi makanan yang dibuat ala kadar.
Maka layak bubur lambuk yang banyak tetapi tidak boleh dimakan kerana dimasak tanpa keikhlasan hingga menyebabkan rasanya kurang menyelerakan dinamakan bubur lambak.
Sebaiknya jika hendak memberi orang ramai makanan yang mempunyai sejarah dalam agama Islam ini (menerusi peristiwa bahtera Nabi Noh) biarlah ikhlas, jangan kita dicop memberi sedekah kerana populariti semata-mata. Biarlah ikhlas semasa memberi dan semasa menyediakan ramuan masakan bubur lambuk tersebut. Sesungguhnya hasil keikhlasan tersebut yang kurang sedap menjadi enak.
Isyarat ke arah perpaduan Melayu
Jangan sudah terhantuk baru terngadah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Bila capai status gemilang, terlupa nilai-nilai murni?
Kenapa fobia apologetik dan berbalah lagi?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Demi rakyat, tiada lagi kompromi
Bukan saja gopoh tapi merosakkan
Kuatkan kembali perpaduan belia
Menyerlahkan peranan orang muda
Rasis hanyalah persepsi keadaan semasa
Adam Adli yang tiada apa-apa istimewanya
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kota Bharu, di mana lagi silapnya?
ISU-ISU AKHBAR CINA
Hina, cabar Raja Berperlembagaan
Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang
Ketandusan pelapis sang juara
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









