ARKIB : 01/08/2012
Teater Muzikal Tan Sri Arshad Ayub
TAN Sri Arshad Ayub sudah berusia 84 tahun. Ketika beliau menjadi Pengarah pertama ITM beliau baru berusia 34 tahun. Sudah 50 tahun berlalu, Arshad masih diperakui sebagai Pengarah (atau dalam istilah sekarang Naib Canselor) tersohor institusi pelajaran Bumiputera itu.
Arshad menjawat jawatan Pengarah ITM dari tahun 1967 hingga 1975.
Beliau dikenali sebagai pengarah yang cukup garang. Tangannya dikatakan amat ringan untuk menampar para pelajarnya yang melakukan kesalahan. Namun begitu, beliau amat dihormati dan disanjungi oleh bekas-bekas pelajarnya sehingga ke hari ini.
Bapa atau cikgu yang menangan anak-anak atau anak-anak muridnyalah yang paling diingati dan disayangi. Kerana tangan itulah mereka kini berjaya dan menjadi kebanggaan institusi ulung bangsa Melayu tersebut.
Ahad lalu, Arshad dianugerahkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Negara.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tanpa Arshad tidak mungkin UiTM dan graduan yang dilahirkan gedung ilmu itu boleh berada pada kedudukan sekarang sehingga ramai antara mereka muncul sebagai tokoh Melayu berjaya.
''Beliau adalah arkitek modal insan Melayu dan kerana jasa besar beliau membangunkan UiTM, hari ini kita dapat melihat ramai profesional-profesional Melayu yang juga produk UiTM muncul sebagai tokoh-tokoh hebat.
''Malah saya sendiri berjaya kerana jasa dan pertolongan Arshad. Beliau saya anggap seperti bapa kandung sendiri dan kerana didikan tokoh inilah, jati diri Melayu saya cukup kental sehingga ke hari ini," katanya sambil tersebak-sebak menahan perasaan silu ketika membacakan ucapan penghormatan di majlis itu.
Sehubungan itu, Ibrahim mencadangkan kepada UiTM supaya mementaskan Teater Muzikal Tan Sri Arshad Ayub untuk memaparkan peranan dan perjuangan Arshad membangunkan ITM.
''Ia sebagai perangsang kepada pelajar-pelajar sekarang mengenali arkitek pembangunan ITM termasuk peranan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan para pemimpin UMNO yang lain," katanya yang memberi cadangan itu kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar untuk mementaskan teater berkenaan.
Arshad semasa ucapannya berkata, ITM dan UiTM sekarang tidak akan berjaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Melayu dan Bumiputera terbesar dengan 200,000 pelajar pada masa ini, tanpa sokongan UMNO.
''Perkhidmatan saya selama 10 tahun selaku Pengarah tidak akan berjaya tanpa sokongan UMNO. Namun kini saya merasa kesal dan sedih apabila melihat orang Melayu berpecah-belah akibat perbezaan ideologi politik sehingga menyebabkan kaum majoriti itu menjadi lemah.
''Saya terharu dengan penghormatan tertinggi diberi Perkasa. Saya membangunkan ITM tidak lain kecuali untuk melihat bangsa saya mampu berjaya walaupun datang dari latar belakang miskin. Saya juga orang miskin tetapi akhirnya berjaya, sebab itu UiTM ini umpama baju saya.
''Namun hari ini, selepas ramai orang Melayu berjaya, kita pula berpecah-belah.
''Sedangkan saya yakin jika seluruh graduan serta tokoh-tokoh hebat yang dilahirkan UiTM bersatu dan penyokong hanya satu parti, Melayu akan kuat dan parti itu nescaya akan sentiasa menang," katanya.
Benar kata Arshad, bekas lulusan ITM/UiTM kini dalam lingkungan 475,000. Jika mereka bersatu, maka ia akan menjadi satu kuasa yang cukup kuat.
Namun, Melayu kini sudah berpecah-belah...
Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang
Ketandusan pelapis sang juara
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Siri 2: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!
Tiba masa orang Melayu berdikari
Medan Tentera Darat tangani pencerobohan
Naluri anak muda PRU-14?
Aura pemimpin muda di Kedah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan KPM-KPT
Impian Anwar, penganjur demonstrasi jalanan
Ketegasan Zahid ada asas
Ugutan anarki: Bagaimana tindakan PDRM?
Musim berlembut sudah berakhir!
Politik geram, sentimen kaum tak ke mana...
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Eloklah bersabar menunggu tempoh empat atau lima tahun lagi
YB Sabah harus ingat perihal 'menang tipis'
‘Retreat’ untuk serangan baru
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









