VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 01/08/2012

Ke mana haluan akhbar Tamil?

Najib Tun Razak tidak pernah melupakan peruntukan pembangunan untuk kaum India, sama seperti mana pengagihan yang adil untuk kaum-kaum lain di negara ini.

BOLEH dikatakan setiap hari akhbar Tamil, Thina Kural menghentam kerajaan.

Kalau diperhatikan daripada terbitannya pada 4 Julai tahun ini, 6, 7, 8 Julai dan seterusnya di muka surat 1 akhbar itu, semua laporan beritanya bercorak anti-kerajaan. Benar-benar berbau perkauman. Paling banyak isunya berkisar tentang kurangnya bilangan kaum India mengisi jawatan pegawai dalam kementerian, suruhanjaya serta agensi kerajaan tertentu. Merata dilaporkan isu-isu ini di muka 1.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dianggap 'racun masyarakat' manakala ramai pemimpin kanan pembangkang menjadi 'modal baik' di muka depannya.

Barangkali, pendirian akhbar Thina Kural yang condong ke 'sebelah sana' boleh 'dimaafkan' sebab itulah pun fokus akhbar tersebut. Apatah lagi akhbar itu dikatakan serpihan daripada akhbar Makkal Osai - yang dimiliki oleh beberapa individu yang propembangkang.

Tetapi bagaimana pula dengan akhbar Tamil Nesan yang berimejkan penyokong kepada Barisan Nasional (BN) namun kebelakangan ini nada itu tidak ada lagi. Jika akhbar Thina Kural dilaporkan dimiliki oleh individu yang ada kaitan dengan individu lain yang anti-Samy Vellu (bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu) sepanjang hayat, maka pendirian akhbar berkenaan tidaklah begitu nampak pelik.

Namun apa kurangnya pula dengan Tamil Nesan yang diterajui anak Samy Vellu, Vell Pari. Pun sama juga nada laporannya dengan Thina Kural. Malah baru-baru ini pihak atasan akhbar itu menyebut bahawa UMNO bukan lagi abang sulung kepada BN, juga kian membingitkan untuk kita amati haluan serta pola liputan akhbar-akhbar Tamil kebelakangan ini.

Menghuraikan senario ini, panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengakui bahawa:

"Akhir-akhir ini , akhbar -akhbar harian Tamil iaitu Malaysia Nanban, Makkal Osai, Thina Kural, Tamil Nesan dan Nam Naadu, didapati banyak menyajikan berita-berita politik yang berkisar parti BN dan pakatan pembangkang. Ini bertujuan menghebatkan jualan akhbar masing-masing dalam pasaran yang berkompetitif."

Jumlah pembeli akhbar Tamil dalam sehari adalah lebih kurang 100,000 naskah manakala pembaca akhbar Tamil sehari adalah lebih 500,000 orang.

Bercakap mengenai pola liputan akhbar-akhbar Tamil, JASA memberikan gambaran berikut:

"Akhbar Makkal Osai dan Thina Kural paling banyak memberi liputan yang luas kepada kenyataan para pemimpin utama parti pembangkang. Ini terutamanya terhadap pemimpin-pemimpin India dalam parti pakatan itu seperti Dr.Ramasamy (P.Pinang) dan Xavier (Selangor).

"Walaupun berita rasmi mengenai kerajaan didapati dimuatkan dalam akhbar masing-masing, namun ruang muka surat dan tumpuannya tidaklah sehebat seperti yang diperuntukkan untuk berita pakatan pembangkang."

Akhbar Thina Kural yang bermula terbitannya pada 9 Februari tahun ini didapati mendahului dalam menyediakan liputan luas (excessive coverage) mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, NGO dan aktivitis sosial yang pro pakatan pembangkang.

Kenyataan personaliti-personaliti tertentu seperti Dato' Taslim (Penganjur Anti Interlok-NIAT) dan OmS Thiagarajan , seorang aktivis sosial yang lebih lantang dalam menyuarakan pendapat, kadangkala mengkritik kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang, diberi keutamaan dalam siaran akhbar Makkal Osai dan Thina Kural.

Malah, pada muka surat sama juga, akhbar ini menyiar berita mengulas program yang dihadiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Isunya agak kecil tetapi sengaja diperbesar-besarkan. Didakwa akhbar ini bahawa penganjur program 1Malaysia di Siliau, anjuran Jabatan Penerangan, gagal menjaga kebajikan peserta program.

Antaranya, kes melibatkan penganjur program membawa orang awam untuk menerima BR1M. Tetapi, apabila selesainya program, orang yang dibawa itu tidak dibawa pulang ke tempat masing-masing. Peserta di tinggalkan di tempat majlis. Diyakini, siaran ini mampu membawa implikasi negatif kepada imej pemimpin dan parti BN di kaca mata masyarakat India.

Pada masa sama, JASA dalam laporan analisis 'Pola Siaran dan Impak' merekodkan:

"Akhbar Malaysia Nanban, Makkal Osai , Tamil Nesan dan Thinakural juga didapati memberi liputan yang luas kepada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga sejak 14 Mei tahun ini

"Siaran berita yang berturut-turut meliputi kenyatan pemimpin-pemimpin pembangkang dan NGO terhadap peristiwa Ambiga 'dikacau dan diusik' berkali-kali oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab, juga didapati menarik perhatian sebahagian besar masyarakat India tanpa mengira sempadan atau perbezaan ideologi politik.

"Akhbar-akhbar tersebut telah berjaya menimbulkan persepsi bahawa S. Ambiga terpaksa menghadapi gangguan (harassment) kerana dia adalah seorang perempuan Hindu.

"Selain itu, liputan-liputan akhbar tersebut juga menimbulkan tanggapan dalam kalangan pembaca bahawa orang yang menimbulkan kekacauan terhadap Ambiga adalah kumpulan yang kononnya mendapat sokongan daripada UMNO. "

Begitupun, laporan analisis 'Pola Siaran dan Impak' oleh JASA yang diperoleh penulis malam tadi mendapati akhbar Tamil memainkan peranan utama dalam mempengaruhi tingkah laku politik rakyat. Malah, akhbar -akhbar harian mampu membentuk (craft) persepsi dalam pemikiran rakyat terhadap pemerintah. Media juga mainkan peranan penting dalam proses pemujukan.

"Pihak kepimpinan MIC kelihatan tidak mampu dan berdaya menonjol diri sebagai parti yang kuat dan bersatu padu menangani dakwaan dan tohmahan yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang melalui akhbar-akhbar Tamil.

"Kredibiliti BN juga dijangka merosot kerana MIC tidak berupaya respons kepada tohmahan dan dakwaan isu-isu yang dibangkitkan dalam akhbar Tamil," menurut laporan itu lagi.

Risalah-risalah yang mengisahkan keprihatinan Najib perlu diperjelaskan dalam kalangan masyarakat India. Ia dalam usaha mempertahankan (sustain) persepsi positif kaum India terhadap Perdana Menteri.

Ini sekali gus agar momentum sokongan masyarakat India terhadap kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, dapat terus dipertahankan menjelang PRU-13.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.